Hubungan Faktor Keluarga Terhadap Tabiat Dan Minat Membaca Dalam Kalangan Murid Tahap 2, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

dc.contributor.authorPalaniappen, Manimaran
dc.date.accessioned2018-10-15T07:18:18Z
dc.date.available2018-10-15T07:18:18Z
dc.date.issued2009-05
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan faktor keluarga terhadap tabiat dan minat membaca dalam kalangan murid Tahap 2, di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan TamiL Faktor keluarga yang diteliti dalam kajian ini adalah pendapatan keluarga, taraf pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, dorongan ibu bapa untuk membaca dan suasana membaca di rumah. Dua kaedah pengumpulan data digunakan dalam kajian ini, iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dalam kaedah kuantitatif, soal selidik yang mengandungi 48 soalan yang menggunakan skala likert telah digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 275 murid Tahap 2 menjadi responden kajian. Teknik temu bual telah digunakan dalam pendekatan kualitatif. Sembilan orang murid terlibat dalam temu bual bersemuka itu. Data kuantitatif telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS version 14.0 for Windows. Analisis statistik yang digunakan ialah Ujian-t, Analysis of Variance (ANOVA), Korelasi Pearson dan Korelasi Spearmen's rho. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifIkan dalam tabiat dan minat membaca murid berdasarkan-pendapatan ibu bapa. Walau bagaimanapun, keputusan ujian korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifIkan antara tabiat dan minat membaca murid dengan pendidikan ibu bapa, dorongan ibu bapa dan suasana membaca di rumah. Dapatan analisis statistik tumt menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam tabiat dan minat membaca berdasarkan pekerjaan bapa. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pekerjaan ibu. Dapatan temu bual didapati menyokong data yang diperoleh melalui analisis data soal selidik. Kajian ini telah membuktikan bahawa faktor keluarga mempengaruhi tabiat dan minat membaca murid secara positif.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6770
dc.subjectTabiat Minat Membacaen_US
dc.subjectSekolah Jenis Kebangsaan Tamilen_US
dc.titleHubungan Faktor Keluarga Terhadap Tabiat Dan Minat Membaca Dalam Kalangan Murid Tahap 2, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamilen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: