Pengajian Islam Di Institusi Pengajian Tinggi Islam Di Selatan Thailand : Kajian Perbandingan Antara Kolej Pengajian Islam (CIS) Dan Universiti Islam Yala (YIU)
Loading...
Date
2012-06
Authors
Tokmae, Jameelah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini ialah kajian perbandingan pengajian Islam di institusi pengajian tinggi Islam awam dan swasta di Selatan Thailand. Hanya tiga buah institusi iaitu Kolej Pengajian Islam (CIS) di PSU, Universiti Islam Yala (YIU) dan Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Princess of Naradhiwat Universiti (PNU) yang menggunakan pengajian Islam. Kajian ini memilih dua buah institusi iaitu CIS mewakili institusi awam dan YIU mewakili institusi swasta. Pemilihan kedua-dua buah institusi ini kerana berlainan sektor menyebabkan urusan tentang pengajian Islam berlainan antaranya. Kedua-dua buah institusi tersebut telah mengalami perkembangan yang kompetitif dan menghasilkan sumbangan penting kepada masyarakat.
Kajian ini meneliti tiga aspek iaitu: 1) Mengenal pasti institusi pengajian tinggi Islam CIS dan YIU. 2) Menganalisis serta membandingkan institusi pengajian tinggi Islam awam (CIS) dan swasta (YIU). 3) Merumuskan sumbangan institusi pengajian tinggi Islam CIS dan YIU kepada masyarakat Selatan Thailand.
Kajian perbandingan ini menggunakan teknik penyelidikan perpustakaan dan menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengumpul data melalui dokumentasi dan temubual secara langsung. Data yang diperoleh dari kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan teknik analisis isi, analisis deskriptif dan analisis interpretatif. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua buah institusi ini mempunyai persamaan dan perbezaan dalam beberapa aspek utama. Perbezaan utamanya adalah CIS merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan berdasarkan idea dan polisi kerajaan, manakala YIU sebagai sebuah institusi swasta ditubuhkan berdasarkan pandangan ahli akademik menyebabkan pengurusan YIU lebih bebas dan terbuka.
Penemuan kajian ini juga mendapati bahawa CIS dan YIU adalah institusi pendidikan yang berperanan penting memberikan sumbangan positif kepada masyarakat di Selatan Thailand. Kedua-duanya merupakan institusi pendidikan peringkat pengajian tinggi yang membina ilmu pengetahuan baru, membawa tamadun yang berteraskan Islam, membina fahaman antara masyarakat yang berlainan pemikiran, budaya, agama dan bahasa dengan prosedur pendidikan yang berlandaskan pengajian Islam.
Description
Keywords
Pengajian islam di institusi pengajian tinggi islam , awam dan swasta di Selatan Thailand