Comparison of intraoperative goal-directed fluid therapy between plethysmographic variability index (PVI) - guide and standard invasive monitoring - guided (SIM) during elective neurosurgery

dc.contributor.authorTat, Yeap Boon
dc.date.accessioned2018-11-21T04:21:30Z
dc.date.available2018-11-21T04:21:30Z
dc.date.issued2016
dc.description.abstractLatar Belakang : Pemberian cecair secara berhati – hati adalah penting untuk mencegah komplikasi perioperative. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengetahui samada penggunaan plethysmographic variability index (PVI) akan membimbing penggunaan cecair dan meningkatkan perfusi darah sebagai mana ditentukan melalui tahap lactate dalam darah. Metodologi : Lapan puluh empat pesakit yang berumur antara 18 hingga 65 tahun yang menjalani pembedahan elektif neurosurgery telah dipilih secara rawak ke dalam kumpulan yang menggunakan PVI (PVI, n =42) atau Pemerhatian Berpandukan Invasif (SIM, n =42). Di dalam kumpulan PVI, preload cecair Normal Saline 0.9% sebanyak 500ml diberikan sebelum induksi pembiusan penuh. Keperluan cecair mereka ditentukann melalui formula Holliday Segar. Seandainya nilai PVI > 14%, pesakit akan diberikan cecair atau darah, berdasarkan protocol yang telah dijadualkan. Di dalam kumpulan SIM, preload sebanyak 500ml Normal Saline 0.9% diberikan sebelum induksi pembiusan. Keperluan cecair mereka ditentukann melalui formula HollidaySegar. Normal Saline 0.9% sebanyak 250ml akan diberikan secara bolus untuk mencapai keseimbangan hemodinamik yang stabil seperti mana ditunjukkan daripada mean arterial pressure (MAP) yang kurang daripada 70mmHg dan nadi (HR) yang lebih daripada 100 kali per minute. Cecair koloid dan darah tambahan diberikan mengikut perubahan nilai pemantauan dan kadar kehilangan darah daripada badan. Infusi noradrenaline telah diberikan untuk mencapai MAP lebih daripada 70mmHg di dalam kedua – dua kumpulan jika MAP masih rendah daripada 70mmHg setelah diberikan cecair yang mencukupi. Tahap darah nilai laktat dan elektrolit, data hemodinamik dan jumlah cecair yang diberikan semasa intraoperative telah direkodkan untuk kedua – dua kumpulan pesakit tersebut. Keputusan : Kumpulan PVI menerima jumlah amaun normal saline dan jumlah Cecair yang lebih rendah daripada kumpulan SIM. Perbezaan antara min (SD) untuk jumlah amaun cecair yang diberikan untuk kedua – dua kumpulan adalah signifikan secara statistic [2643.45 (1373.28) vs 4006.76 (2637.51),nilai P 0.004]. Di dalam kumpulan PVI, perbezaan antara min (SD) untuk laktat sebelum dan selepas pembedahan adalah signifikan secara statistic [1.23 (0.62) vs 1.06 (0.45), nilai P 0.012]. Perbezaan antara min (SD) untuk nilai sodium sebelum dan selepas pembedahanadalah signifikan secara statistic [137.45 (2.94) vs 139.76 (3.93), nilai P < 0.001].en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7121
dc.language.isoenen_US
dc.publisherPusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectIntraoperative careen_US
dc.titleComparison of intraoperative goal-directed fluid therapy between plethysmographic variability index (PVI) - guide and standard invasive monitoring - guided (SIM) during elective neurosurgeryen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: