Pembangunan Aplikasi Permainan Tradisional Melayu Dalam Melestarikan Warisan Melalui Teknologi Mudah Alih

dc.contributor.authorZahari, Zuriawati Ahmad
dc.date.accessioned2022-08-12T02:45:21Z
dc.date.available2022-08-12T02:45:21Z
dc.date.issued2020-04
dc.description.abstractLambakan permainan moden menjadikan kanak-kanak lebih cenderung terhadap permainan berteknologi hingga lupa akan tradisi permainan tradisional. Dalam usaha merekayasa permainan tradisional daripada terus terpinggir, satu aplikasi prototaip permainan tradisional dibangunkan sebagai hasil pemetaan pola bermain kanak-kanak. Aplikasi ini dibangunkan melalui tiga fasa dengan menggabungkan kaedah campuran kualitatif dan kuntitatif. Teori pembelajaran tradisional dan digital seperti behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme dan connectivisme menjadi asas setiap fasa perlaksanaan kajian. Fasa pertama kajian dimulakan dengan temu bual, iaitu dengan meneroka konsep dan mengumpul idea awal kajian. Fasa kedua kajian untuk meningkatkan kefahaman responden dengan memetakan pola bermain kanak-kanak melalui instrumen soal selidik multimedia. Hasil analisis daripada kedua-dua fasa tersebut, reka bentuk prototaip permainan tradisional dirancang dan dibangunkan dengan menggunakan model ADDIE, model Human Centered Design Process (ISO 137407) dan model Human Computer Interaction. Fasa ketiga kajian adalah untuk menguji kebolehgunaan prototaip dengan bantuan penilaian Heuristik. Hasil dapatan menunjukkan pola permainan kanak-kanak lebih tertumpu pada permainan digital terutama medium teknologi mudah alih. Medium ini dilihat sebagai satu platform yang dapat mengintegrasikan warisan permainan tradisional dengan kanak-kanak. Fungsi aplikasi prototaip yang dibangunkan menunjukkan kebolehgunaan yang tinggi terhadap antara muka permainan tradisional yang dibangunkan. Permainan tradisional akan menjadi lebih berkesan dengan adanya penggunaan medium teknologi dan ia sangat membantu dalam merekayasa permainan tradisional daripada terus terpinggir.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/15805
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan Aplikasi Permainan Tradisional Melayu Dalam Melestarikan Warisan Melalui Teknologi Mudah Alihen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: