Prasejarah Gua Tenggera Dan Gua Anabahi, Konawe Utara, Sulawesi Tenggara, Indonesia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2018-04
Authors
Nur, Muhammad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan mengetahui prasejarah Gua Tenggera dan Anabahi dari segi fasa budaya, fungsi tapak, lukisan gua, teknologi dan fungsi artifak batu/tulang, persekitaran dan diet, teknologi dan fungsi tembikar, pengebumian di tapak Gua Tenggera serta hubungan prasejarah Konawe Utara dengan prasejarah Sulawesi dan Asia Tenggara. Kaedah kajian melibatkan survei dan ekskavasi arkeologi, kajian etnoarkeologi, analisis saintifik, kajian perbandingan dan interpretasi arkeologi. Hasil penyelidikan mendapati bahawa Gua Anabahi memiliki dua fungsi dan fasa budaya, (i) sebagai tempat ritual pada Zaman Paleolitik Akhir dan (ii) sebagai tempat pengebumian pada Zaman Protosejarah. Manakala Gua Tenggera dibahagikan kepada tiga fasa, (i) Paleolitik Akhir bertarikh 10,455 ± 30 BP hingga 6,083 ± 25 BP, (ii) Neolitik bertarikh 4,050 ± 20 BP hingga 3,585 ± 27 BP, dan (iii) Protosejarah bertarikh awal Masihi. Lukisan gua di Konawe Utara pula mempunyai dua fasa iaitu fasa Paleolitik Akhir (16,499 ± 72 BP hingga 9,474 ± 30 BP) dan fasa awal Masihi. Ciri alat batu Gua Tenggera adalah tinggi tingkat perapiannya dan alat tulang didapati mempunyai peranan yang sama penting dengan alat batu. Kajian turut membuktikan bahawa diet dipengaruhi oleh persekitaran pedalaman, tembikar digunakan sebagai hantaran kubur dan dibuat secara lokal di Konawe. Kajian ini telah menghasilkan penemuan yang penting dalam kefahaman tentang prasejarah di Konawe Utara dan mengisi kekosongan kajian lukisan gua di Sulawesi Tenggara. Secara regional, kajian ini telah menyumbang kepada pengetahuan tentang ciri-ciri Zaman Paleolitik Akhir dan Zaman Neolitik di Sulawesi dan Asia Tenggara.
Description
Keywords
Prasejarah Gua Tenggera dan Anabahi , segi fasa budaya, fungsi tapak
Citation