Pembangunan Model Ruangan Kegagalan Cerun Di Pulau Pinang
dc.contributor.author | Abd Majid, Nuriah | |
dc.date.accessioned | 2019-08-07T06:58:47Z | |
dc.date.available | 2019-08-07T06:58:47Z | |
dc.date.issued | 2017-01 | |
dc.description.abstract | Peningkatan populasi seiring dengan perkembangan pembangunan yang kian pesat membangun khususnya di Malaysia mendatangkan pelbagai bencana alam sekitar seperti kegagalan cerun. Peningkatan kejadian kegagalan cerun di Malaysia menyebabkan kemusnahan harta benda, nyawa dan alam sekitar. Sebanyak 700 kes kegagalan cerun telah dilaporkan oleh akhbar sepanjang tahun 2015. Walau bagaimanapun menurut laporan dari Jabatan Kerja Raya pada 2009, sebanyak 440 kes telah dilaporkan dari tahun 1973-2007 yang mana sebanyak 31 kes melibatkan kematian, beratus ribu menangung kerugian dan beribu orang telah dipindahkan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti corak taburan pelbagai jenis kegagalan cerun, seterusnya memodelkan dan menilai ketepatan pelbagai jenis kegagalan cerun menggunakan rangkaian saraf buatan. Kajian ini menggunakan sebanyak 323 lokasi kejadian sebenar kegagalan cerun yang terdiri daripada pelbagai jenis kegagalan cerun yang berbeza (seperti jenis gelongsoran, jatuhan batuan, tumbang dan aliran) serta 323 sampel lokasi tiada kegagalan cerun yang dipilih secara rawak.Sebanyak 12 parameter digunakan untuk membangunkan model ruangan kegagalan cerun. Antara parameter tersebut adalah jarak kegagalan cerun ke saliran, jarak kegagalan cerun ke lineamen, jarak kegagalan cerun ke jalan, siri tanih, litologi, gunatanah, purata hujan tahunan,ketinggian topografi, indeks tumbuhan, kelengkungan cerun, aspek cerun dan kecuraman cerun. Setiap peta pembolehubah diekstrak bagi mendapatkan atribut setiap pembolehubah yang kemudiannya digabungkan bagi membangunkan satu pangkalan data. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/8593 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Pembangunan model ruangan | en_US |
dc.subject | kegagalan cerun di Pulau Pinang | en_US |
dc.title | Pembangunan Model Ruangan Kegagalan Cerun Di Pulau Pinang | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: