Amalan Kepimpinan, Kepercayaan Kepada Pemimpin Dan Keberkesanan Kepimpinan Syarikat Perkilangan Besar Di Indonesia
Loading...
Date
2012-02
Authors
Suliestiaty, Sri
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Permasalahan kajian ini adalah ketidakberkesanan kepimpinan (ketidakpuasan dan ketidakmotivasian pekerja) berdasarkan kepelbagaian amalan kepimpinan dalam organisasi perniagaan di Indonesia yang membawa kesan ke atas kepercayaan kepada pemimpin dan keberkesanan kepimpinan, dan kepercayaan kepada pemimpin yang membawa kesan ke atas keberkesanan kepimpinan. Matlamat kajian empirik ini adalah untuk mengenal pasti hubungan amalan kepimpinan, kepercayaan kepada pemimpin dan keberkesanan kepimpinan dan menguji sama pemilikan organisasi, hubungan keluarga di antara pemimpin dan pekerja, dan struktur organisasi (hierarki organisasi, pemusatan, dan pengkhususan) menjadi penyederhana di antara amalan kepimpinan dan kepercayaan kepada pemimpin. Dalam kajian ini, amalan kepimpinan dikaji pada peringkat individu dengan menggunakan amalan kepimpinan Leadership Practice Inventory (LPI) Kouzes dan Posner (1990).
Pengutipan data memperoleh 33 orang pemimpin dan 83 orang pekerja daripada 33 Syarikat Perkilangan Besar di Indonesia iaitu syarikat yang mempunyai pekerja seramai 100 orang atau lebih. Majoriti pemimpin berjawatan Ketua Pengurus Besar dan bukan pemilik Syarikat Perkilangan Besar. Majoriti responden pekerja tiada hubungan kekeluargaan dengan Ketua Pengurus Besar, sebagai dan subordinat kepada Ketua Pengurus Besar, pekerja dengan kuasa membuat keputusan hanya terhadap pekerjaan tertentu yang berhubung kait dengan jawatannya, dan pekerja dengan hanya satu tanggungjawab dan tugas. Dapatan kajian ini yang boleh dibuktikan, tetapi tidak didapati dalam kajian lepas menunjukkan bahawa amalan kepimpinan (merintis dan teladan) mempunyai hubungan secara negatif dalam meramal kepercayaan kepada pemimpin. Di samping itu, kepercayaan kepada pemimpin tidak mencelah di antara amalan kepimpinan (merintis dan teladan) dan keberkesanan kepimpinan (motivasi pekerja keutuhan demokrasi).
Description
Keywords
Ketidakberkesanan kepimpinan berdasarkan kepelbagaian amalan , dalam organisasi perniagaan di Indonesia