Konflik Dalam Novel-Novel Jong Chian Lai

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-08
Authors
Chieng, Lay Hua
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pembangunan yang drastik telah berlaku di Sarawak sehingga meninggalkan kesan yang bukan sedikit pada tanah pusaka dan masyarakat peribumi iaitu kaum Iban. Permasalahan pembangunan ini mendapat tentangan dan perhatian termasuklah pencinta alam dan masyarakat Iban yang masih terikat dengan tradisi budaya nenek moyang. Jong Chian Lai telah mengangkat permasalahan pembangunan di Sarawak serta kesannya kepada alam sekitar dan budaya kaum Iban. Kajian ini mempunyai 2 objektif utama. Objektif pertama ialah mengenal pasti dan menganalisis konflik-konflik luaran dan dalaman menerusi watak-watak utama dalam dua buah novel pilihan dengan mengunakan teori psikoanalisis. Objektif kedua pula untuk mengupas konflik luaran dan dalaman terhadap budaya, adat dan tradisi serta kelangsungan hidup dan kesejahteraan kaum Iban dalam dua buah novel terpilih serta penyelesaian terhadap konflik-konflik tersebut. Menerusi dua buah novel yang menjadi pilihan kajian ini iaitu novel Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga dan Pindah didapati Jong Chian Lai banyak menyelitkan konflik dalaman dan luaran menerusi watak-watak utamanya akibat pembangunan fizikal yang secara langsung dan tidak langsung mengubah pemikiran dan cara hidup serta budaya masyarakat tersebut. Penghayatan terhadap isu dan pemasalahan serta gelojak jiwa watak-watak utama kedua-dua buah novel terpilih mewakili sekelompak masyarakat peribumi yang amat cintakan hutan belantara yang amat dicintai. Yang menarik ialah pada penyelesaian yang dianjurkan oleh pengarang yang berjaya membuka minda khalayak untuk berfikir secara rasional, adil dan saksama terhadap pihak-pihak yang terbabit. Kejayaan lain yang dilihat sangat bermakna pada kedua-dua buah novel berkenaan ialah pada pemerian alam dan selok belok kehidupan masyarakat kaum Iban yang sangat kaya dengan adat dan budaya yang unik dan tersendiri.
Description
Keywords
Konflik dalam novel-novel , Jong Chian Lai
Citation