Kajian Keberkesanan Sistem Pengangkutan Air, Kajian Kes Feri Sri Tanjong, Pengkalan Kubor

Loading...
Thumbnail Image
Date
2002
Authors
Wan Mahmood, Wan Mohd Shahrul Adli
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kemajuan sesebuah kawasan sering dikaitkan dengan keupayaan pihak lain untuk berhubung dengan kawasan tersebut. Sistem pengangkutan yang baik akan membentuk satu persekitaran yang berupaya menjana pembangunan di sesuatu kawasan. Sebagaimana yang diketahui, manusia memerlukan pengangkutan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pembangunan pesat mengakibatkan pengangkutan dunia mengalami evolusi. Dahulu manusia hanya bergerak melalui jalan air. Perkembangan tamadun manusia yang merubah keadaan sebelum mengakibatkan pengangkutan air mula mengalami zaman kemundurannya. Persaingan dengan mod pengangkutan yang lain menjadikan semakin sukar pengangkutan air mendapat tempat di kalangan masyarakat. Justeru itu satu kajian mengenai pengangkutan air di sempadailyang sedang menghadapi persaingan dengan mod pengangkutan yang sama dilakukan akan dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji permasalahan yang dihadapi oleh sistem pengangkutan air yang menghadapi persaingan dengan bot haram. Apakah puncanya ? Adakah ia disebabkan oleh pengur;Jsan pengangkutan air itu sendiri atau ia disebabkan oleh sikap penduduk di kawasan berkenaan. Data yang dikutip akan dianalisa dan permasalahan sebenar kawasan kajian akan dikupas bagi mengetahui apakah punca yang menyebabkan berlakunya persaingan di antara jenis pengangkutan air di kawasan kajian.
Description
Keywords
Sistem pengangkutan yang baik , menjana pembangunan di sesuatu kawasan.
Citation