Isu Psikososial Dan Cabaran Program Pertukaran Jarum Dan Picagari (NSEP)
Loading...
Date
2011-04
Authors
Sarnon @ Kusenin, Norulhuda
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian kualitatif berbentuk eksploratori ini secara umumnya bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan NSEP yang merupakan salah satu intervensi dalam Pengurangan Kemudaratan. Fokus penilaian kajian adalah kepada aspek-aspek psikososial IDU dan pandangan mereka sendiri mengenai penambahbaikan perkhidmatan ini. Objektif kajian ini ialah: (1) mengenalpasti ciri-ciri psikososial IDU yang terlibat dengan NSEP, (2) mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh mereka untuk berhenti mengamalkan tingkah laku berisiko, (3) mendapatkan pandangan IDU terhadap program NSEP, (4) mendapatkan cadangan daripada IDU untuk perkhidmatan NSEP dan (5) melihat peranan yang boleh dimainkan oleh pekerja sosial untuk meningkatkan perkhidmatan NSEP. Kajian ini telah dijalankan di Pusat Sehenti IKHLAS, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan temubual ke atas 13 orang responden. Kaedah temu bual mendalam yang bersifat semistruktur telah digunakan dalam pengumpulan data dan telah dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian yang diperolehi mendapati lima ciri-ciri psikososial IDU yang terlibat dengan NSEP iaitu (1) IDU mempunyai pengetahuan HIV/AIDS yang baik, (2) wujud perubahan pada tingkah laku menyuntik, (3) Secara seksual mereka kurang aktif dan bagi yang terlibat dengan hubungan seks mereka enggan menggunakan kondom, (4) IDU mempunyai sikap pergantungan terhadap NSEP dan (5) IDU juga mempunyai masalah emosi dan kewangan. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh responden untuk terus mengekalkan tingkah laku selamat iaitu; kesulitan apabila berhadapan dengan sindrom tarikan (withdrawal syndrome), kesukaran membawa peralatan menyuntik, pengaruh sosial IDU, sikap IDU, dan keengganan menggunakan kondom semasa melakukan seks. Secara keseluruhannya responden mengetengahkan beberapa pandangan positif terhadap NSEP. NSEP dilihat sebagai agen sosial kepada penggunaan jarum bersih dalam kalangan IDU dan ia merupakan satu kaedah baru dalam usaha untuk mengurangkan bilangan jangkitan HIV di Malaysia.
Description
Keywords
Mengenalpasti ciri-ciri psikososial IDU , yang terlibat dengan NSEP