Perjuangan Yang Gagal? Parti Komunis Malaya Dan Sokongan Orang Melayu 1920-1948

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-01
Authors
Kassim, Mohamad Nassir
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kegagalan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam perjuangan politik di Tanah Melayu antara 1920- 1948. Tujuan kajian ini adalah untuk membahaskan faktor utama yang membawa kepada kejatuhan PKM sejak penubuhannya sehingga pengisytiharan Darurat di Tanah Melayu pada tahun 1948. Melalui kajian literatur dan kaedah arkib, kajian ini akan menilai dari perspektif pentadbir penjajah, sarjana Barat dan tempatan untuk menganalisis bagaimana dan sejauhmana perjuangan PKM telah gagal berpunca daripada ketiadaan sokongan orang Melayu. Kajian ini membincangkan aktivitiaktiviti PKM dalam tiga fasa. Fasa pertama bermula dari penubuhan PKM pada tahun 1930 sehingga tempoh awal penjajahan Jepun pada tahun 1941. Fasa kedua kajian ini ialah pembangunan PKM semasa pendudukan Jepun dari 1941-1945. Fasa ketiga adalah tempoh 1945-1948 yang menunjukkan kedudukan PKM sama ada ia mencapai kejayaan atau tidak dalam perjuangannya. Berdasarkan analisis ketiga-tiga fasa, kajian ini menyimpulkan bahawa kedudukan PKM menjadi lemah tanpa sokongan orang Melayu yang akhirnya memberi kesan kepada kekuatan parti itu sehingga kemerdekaan.
Description
Keywords
Parti Komunis Malaya (PKM) , Pperjuangan PKM telah gagal berpunca daripada ketiadaan sokongan orang Melayu.
Citation