Penerokaan Dimensi Dan Amalan Kepemimpinan Kerohanian Islam Pengetua Sekolah Agama Rakyat Di Selatan Thailand

dc.contributor.authorWaemusor, Ahmadkamae
dc.date.accessioned2018-10-09T07:41:30Z
dc.date.available2018-10-09T07:41:30Z
dc.date.issued2011-05
dc.description.abstractKajian ini bertujuan meneroka dimensi kepemimpinan kerohanian Islam pengetua sekolah agama rakyat di Selatan Thailand. Secara khusus kajian ini hendak mengenal pasti amalan kepemimpinan para pengetua dalam setiap dimensi kepemimpinan menurut perspektif guru, mendapat maklumat tentang rasional di sebalik amalan yang diutamakan dan amalan yang kurang diutamakan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data daripada 360 orang guru dari 30 buah sekolah agama rakyat di tiga wilayah di Selatan Thailand, iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat. Soal selidik yang mengandungi 68 item untuk mengukur 9 dimensi kepemimpinan kerohanian Islam iaitu: panduan al-Quran, pengamalan solat, kasih sayang, kesederhanaan, kekeluargaan, ketegasan, pengamalan syura, kebertanggungan-jawaban dan hikmah. Data dianalisis menggunakan analisis faktor menemukan 7 dimensi kepemimpinan kerohanian Islam, iaitu: panduan al-Quran, perhatian guru, amalan syura, kesungguhan beribadah, kebertanggungan-jawaban, kewibawaan dan ketegasan. Skor item korelasi menunjukkan sumbangan item-item bermakna kepada pembinaan setiap dimensi. Analisis kebolehpercayaan item juga menunjukan ketekalan dalaman item (Cronbach Alpha) yang tinggi iaitu 0.92. untuk mengenal pasti item-item yang diutamakan amalannya dan item-item yang kurang diutamakan, Model Pengukuran RASCH, yang mengukur faktor-faktor utama, turut digunakan untuk dijadikan asas temu bual dengan pengetua dan guru. Data daripada temu bual dengan 3 orang pengetua dan 6 orang guru telah mengukuhkan rasional amalan kepemimpinan yang diutamakan dan kerap diamalkan pengetua, dengan susunannya seperti berikut, iaitu fasih membaca al-Quran diikuti amalan pengetua membimbing guru mengamalkan ajaran al-Quran, amalan pengetua bekerja secara berjamaah dengan guru, kemudian diikuti amalan pengetua duduk bersama-sama membincang dengan guru. Seterusnya melaksanakan nilai kebenaran dasar dalam mesyuarat, tidak cepat emosional dalam mesyuarat, amalan pengetua menekankan komuniti sekolah supaya aktif solat berjamaah lima waktu, kemudian diikuti amalan menyediakan tempat solat diberikan keutamaan. Amalan bertanggungjawab sesuai dengan tugas dan kewajiban, kemudian diikuti amalan pengetua cepat menyelesaikan masalah yang dihadapi sekolah. Amalan pengetua berusaha mencapai matlamat sekolah dengan penuh hikmat, kemudian diikuti amalan kecekapan pengetua memimpin sekolah.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6718
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectMeneroka dimensi kepemimpinan kerohanian Islamen_US
dc.subjectpengetua sekolah agama rakyat di Selatan Thailanden_US
dc.titlePenerokaan Dimensi Dan Amalan Kepemimpinan Kerohanian Islam Pengetua Sekolah Agama Rakyat Di Selatan Thailanden_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: