Aplikasi Pendekatan Pemasaran Politik Oleh Calon Wanita Di Kawasan Parlimen Pasir Puteh (P 28) Kelantan Pada Pilihan Raya Umum 2004

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-09
Authors
HAMZAH, NOR IRAMA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini mengkaji kaedah pemasaran politik yang digunakan oleh calon wanita PAS, Kalthom Othman di Kawasan Parlimen (P 28) Pasir Puteh, Kelantan semasa Pilihan Raya Umum ke-11 (2004). Kajian ini juga membincangkan bentuk model pemasaran politik yang digunakan oleh calon dan menilai keberkesanan pendekatan pemasaran spesifik yang digunakannya semasa berkempen untuk menarik perhatian pengundi dan seterusnya cuba memenangi pilihan raya di kawasan tersebut. Penyelidik menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif iaitu melalui temubual eksekutif bersama calon, jentera parti, kenalan calon dan penduduk dalam kawasan pilihan raya Parlimen (P 28) yang merangkumi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Selising (N29), DUN Limbongan (N30), DUN Semerak (N31) dan DUN Gaal (N32). Sejumlah 10 individu yang dikenalpasti telah ditemubual menggunakan soalan separa berstruktur dengan tujuan untuk menjawab persoalan kajian dan mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan pemasaran politik yang digunakan oleh Kalthom Othman di Kawasan Parlimen (P 28) Pasir Puteh, serta keberkesanan pendekatan tersebut. Dalam konteks kajian ini, dapatan kajian telah membuktikan bahawa pemasaran politik merupakan satu strategi yang penting bagi ahli politik dan juga parti-parti politik serta merupakan salah satu alat ataupun instrumen yang dapat membantu ahli politik dan parti politik untuk meraih sebanyak mungkin undi dan memenangi pilihan raya. Kajian ini juga menunjukkan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh calon dalam usaha untuk memasarkan diri dan meraih undi dalam senario politik yang dimonopoli oleh kaum lelaki. Selain itu, kajian ini menunjukkan aplikasi pendekatan pemasaran politik yang digunakan oleh calon ini, khasnya pendekatan pemasaran berasaskan pasaran, terbukti berkesan di beberapa kawasan dewan undangan negeri di kawasan Parlimen Pasir Puteh. Walau pun kalah, beliau mampu meraih undi yang banyak dan perbezaan undi yang sangat tipis antara beliau dengan pemenang iaitu sebanyak 207 undi. Hal ini membuktikan juga bahawa pendekatan pemasaran politik yang diamalkan berkesan. Dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan kajian kes spesifik ini boleh dijadikan iktibar dan panduan kepada calon-calon wanita dan lelaki serta semua parti politik pada masa hadapan terhadap penggunaan pendekatan pemasaran politik yang berkesan semasa pilihan raya. Satu pendekatan pemasaran politik yang disarankan oleh Jennifer Lees-Marshment (2001) iaitu pendekatan pemasaran yang berasaskan pasaran digunakan sebagai panduan dalam usaha mengenalpasti kaedah pemasaran politik spesifik yang digunakan oleh Kalthom Othman. Kajian membuktikan bahawa pendekatan ini memang diaplikasikan oleh calon dan sekaligus mengesahkan pendekatan pemasaran berasaskan pasaran di kawasan parlimen ini.
Description
Keywords
Aplikasi Pendekatan Pemasaran Politik Oleh Calon Wanita , Di Kawasan Parlimen Pasir Puteh (P 28) Kelantan Pada Pilihan Raya Umum 2004
Citation