Mohammad Natsir pemikiran dan perjuangannya tentang Islam, politik dan negara, 1940-1960

dc.contributor.authorNoer, Mohammad
dc.date.accessioned2017-07-20T04:29:17Z
dc.date.available2017-07-20T04:29:17Z
dc.date.issued1999
dc.description.abstractKajian ini menelaah pemikiran dan perjuangan salah seorang tokoh yang terkemuka di Indonesia, iaitu Mohammad Natsir. Untuk memperdalam pembahasan, kajian ini ditumpukan kepada pemikiran dan perjuangannya tentang Islam, Politik dan Negara, periode 1940 hingga tahun 1960. Untuk itu, kajian ini diawali dengan pembahasan singkat tentang riwayat hidup Mohammad Natsir yang bermula dari kelahiran sampai kewafatannya. Selepas itu, dikemukakan beberapa aspek perjuangan yang berkaitan dengan peranannya dalam politik dan pemerintahan Indonesia. Sebagai salah seorang tokoh agama, Natsir juga dikenali sebagai salah seorang yang besar sumbangannya dalam gerakan reformis di Indonesia. Oleh itu, dalam pemikiran dan perjuangannya beliau selalu menggunakan konsep-konsep Islam serta menerapkannya dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Hal ini dapat dibuktikan dari pembelaannya terhadap penyatuan Agama dan Negara menerusi perdebatan yang panjang dengan kumpulan Nasionalis Sekuler yang dipelopori oleh Sukarno. Selain itu, menerusi forum konstituante, Natsir dan rakan-rakannya dari perkumpulan Nasionalis lslami berjuang secara konstitusional untuk menjadikan Islam sebagai dasar negara. Upaya ini dilakukan kerana dalam pemikirannya Islam adalah satu agama yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Meskipun usaha tersebut tidak berhasil, dan Pancasila tetap menjadi dasar negara Republik Indonesia, Natsir tidak melihat adanya percanggahan antara Islam dan Pancasila. lni kerana sila-sila yang terdapat dalam pancasila itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Kajian ini mendapati bahawa pemikiran dan perjuangan yang telah dilakukan oleh Natsir pada masa yang lalu masih relevan untuk dibincangkan dan mempunyai jangkauan ke masa hadapan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4217
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPemikiran, perjuangannya tentang Islam, Politik dan Negaraen_US
dc.titleMohammad Natsir pemikiran dan perjuangannya tentang Islam, politik dan negara, 1940-1960en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: