Aplikasi Reka Bentuk Berbantukan Komputer (Cad) Dalam Reka Bentuk Dalaman Ruang Pejabat Pada Era IT Di Malaysia
Loading...
Date
2005-04
Authors
Rahman, Mohd Faisal Abd
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kesan perkembangan teknologi maklunjat (IT) di Malaysia hasil daripada pembangunan
projek Koridor Raya Multimedia telah membangunkan banyak bangunan pintar khususnya
bangunan pejabat institusi. Secara tidak langsung, bidang ini sangat memerlukan golongan
yang pandai mengguna pendekatan inovatif dalam melahirkan idea dan konsep reka bentuk
ruang dalaman bangunan pejabat selari dengan kesan perkembangan tersebut. Penyelidikan
ini dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana revolusi grafik digital telah memberi nafas
baru dalam bidang reka bentuk ruang dalaman pejabat. Dengan penurunan kos dan
peningkatan kecekapan pada komputer dan perisian yang digunakan, ramai pereka khasnya
arkitek dan pereka bentuk dalaman kini tertumpu kepada integrasi Reka Bentuk
Berbantukan Komputer (CAD) dalam melaksanakan proses kerja-kerja reka bentuk. Dalam
penyelidikan ini, tiga perisian reka bentuk berbantukan komputer dan grafik dua dimensi
(2D) telah dipilih sebagai subjek-subjek untuk dianalisis. la dipilih kerana tahap populariti
penggunaannya dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman. Perisian tersebut ialah
AutoCAD 2002, 3D Studio Viz dan Corel Draw 11. Perisian 3D Studio Viz merupakan perisian yang popular digunakan untuk visualisasi 3 dimensi (3D) iaitu pembinaan model
3D digital, penjanaan bahan pada permukaan objek dan pembikinan animasi 3D manakala
perisian Corel Draw 11 pula lebih banyak digunakan untuk penyuntingan imej 2D. Fokus
penyelidikan ini adalah untuk mengupas masalah dan faktor yang dihadapi semasa mereka
bentuk ruang dalaman bangunan pejabat, iaitu bermula daripada proses pada peringkat
perancangan sehinggalah kepada proses kerja-kerja penyelenggaraan bangunan pejabat yang telah siap. Dalam hal ini, penyelidikan ini juga mengukur tahap keperluan penggunaan CAD dalain kerja reka bentuk ruang dalaman pejabat.
Description
Keywords
Building , Interior Design