Potensi persekitaran landskap paya bakau Kuala Sungai Merbok sebagai kawasan pelancongan mesra alam

Loading...
Thumbnail Image
Date
2003
Authors
Mohd Nasir, Mohammad Rusdi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Hutan paya bakau sememangnya unik kerana keupayaannya menyesuaikan keadaan persekitaran yang sukar untuk tumbuhan lain tumbuh. Penyesuaian ini membolehkannya berfungsi dalam merawat bahan buangan secara semulajadi untuk mencegah kejadian hakisan dan banjir. Rutan Simpan Merbok merupakan antara ekosistem paya laut utama yang terdapat di negara kita. Pada masa sekarang, hutan paya bakau memainkan peranan penting dalam program pemuliharaan, rekreasi, pelancongan mesra alam dan kajian penyelidikan untuk mempertingkatkan persekitaran semulajadinya, kawasan santuari, taman negara dan persekitaran biologi hutan simpan. Ia juga mempunyai potensi yang boleh dieksploitasikan. Namun kualiti ekosistemnya yang kompleks telah dimusnahkan akibat daripada kurangnya kesedaran di kalangan segelintir masyarakat kita. Pendekatan pelancongan mesra alam merupakan penyelesaian terbaik dalam memastikan pedaksanaan pembangunan mampan yang boleh memulihara alam sekitar, mengurangkan impak negatif dan meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat tempatan. Ia mempunyai objektif yang jelas dalam memastikan kelangsungan sumber dan menguntungkan komuniti ," setempat melalui penglibatan mereka. Menyedari akan kepentingannya, kajian ini dibuat dengan menekankan strategi pelancongan mesra alam supaya pendekatan pembangunan mampan dapat dilaksanakan, seiring dengan matlamat keuntungan ekonomi. Menjadi harapan agar kajian ini dapat digunakan sebagai panduan untuk pembangunan kawasan hutan paya bakau pada masa hadapan.
Description
Keywords
Hutan paya bakau sememangnya unik kerana keupayaannya , menyesuaikan keadaan persekitaran yang sukar untuk tumbuhan lain tumbuh.
Citation