A Case Study Of Attitudes And Motivations Of Students And Lecturers Toward Language-In-Education Policies In Al-Aqsa University, Palestine
Loading...
Date
2014-12
Authors
Alnajjar, Wafaa
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sikap para pensyarah dan pelajar di atas dasar pendidikan Bahasa Inggeris dan peranannya di Fakulti Sains, Universiti Al-Aqsa. Kajian ini telah menganalisis data yang diperoleh daripada empat instrumen yang diguna pakai untuk mengesan sikap para pensyarah dan pelajar terhadap polisi kerajaan di dalam bidang bahasa dan juga bidang pendidikan semasa. Di samping itu, tujuan kajian ini juga untuk mengenal pasti sikap para pensyarah dan pelajar terhadap Bahasa Inggeris di fakulti sains. Sampel kajian ini terdiri daripada 400 pelajar dan pensyarah. Seramai dua puluh orang pelajar, dua puluh orang pensyarah dan dua puluh empat orang pegawai pendidikan kerajaan telah ditemu bual. Empat instrumen yang berbeza telah digunakan untuk pengumpulan data iaitu; analisis dokumen, skala Likert, soalan temubual berstruktur dan pemerhatian. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar dan pensyarah tidak gemar akan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris di peringkat pengajian tinggi walaupun sikap mereka terhadap Bahasa Inggeris agak positif.
Description
Keywords
A Case Study Of Attitudes And Motivations Of Students And Lecturers , Toward Language-In-Education Policies In Al-Aqsa University, Palestine