Rekabentuk Sistem Konkrit Prestasi Tinggi Terhadap Ciri-Ciri Ketahanan
Loading...
Date
2006-06
Authors
Rosli, Rozainal
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penggunaan konkrit berprestasi tinggi (KPT) semakin meluas di dalam industri
pembinaan di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Aplikasinya meliputi pembinaan
bangunan tinggi, jambatan, empangan dan lebuh raya-lebuh raya pada kadar kekuatan
dari 55 N/mm2 sehingga melebihi 124 N/mm2
.
Objektif utama kajian ini adalah untuk merekabentuk KPT dan mengkaji prestasi
bahan-bahan tambah bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan setiap satunya
terhadap prestasi dan ciri-ciri ketahanan. Beberapa sir! ujian dijafankan terhadap sifat
kejuruteraan, kebolehke~aan, ketumpatan, halaju denyut ultrasonik, kekuatan mampat,
kekuatan lentur, ujian kadar resapan, dan ujian ketelapan oksigen.
Hasif daripada keputusan ujian makmat yang telah dijatankan menunjukkan bahawa
bahan tambah super pempalstik (SP}, silika fume (SF) dan pemecut (ACC}
memberikan kesan terhadap pencapaian kekuatan awal konkrit dan mengekalkannya
hingga ke suatu jangka masa yang panjang. Manakala bahan isian polimer iaitu lateks
stirena butadiena (SBR) dan cecair polimer resin epoksi (ER) boleh mempertingkat
kekuatan lentur dan mempunyai ciri-ciri yang baik terhadap kadar resapan air dan
ketelapan udara (oksigen).
Description
Keywords
Konkrit prestasi tinggi , Ciri-ciri ketahanan.