Screening Of Anti Infectives From Malaysian Marine Organisms Using Caenorhabditis Elegans As Model Organism
Loading...
Date
2015-03
Authors
WAN TING, LEE
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kejadian rintangan antibiotik telah menjadi fenomena sering muncul yang belum ditemukan penawarnya. Penyelesaian alternatif untuk menghapuskan patogen boleh dilakukan melalui peningkatan sistem imun tuan rumah dan pengurangan virulensi patogen tanpa membunuh patogen dalam tuan rumah secara langung. Produk semula jadi sentiasa menjadi sumber utama untuk penemuan anti-infektif. Organisma marin merupakan sumber yang mempunyai entiti kima baru dengan aktiviti biologi. Dalam kajian ini, penyaringan anti-infektif 20 invertebrata marin dijalankan dengan menggunakan C. elegans sebagai perumah dan P. aeruginosa sebagai patogen. Hasil kajian menunjukkan estrak metanol Holothuria atra, lollyfish, dapat melangsungkan hidup C. elegans daripada jangkitan P. aeruginosa tanpa menjejaskan pertumbuhan bakteria dan pemakanan biasa perumah. Kebolehupayaan C. elegans untuk meningkatkan tahap gen lys-7 juga diperhatikan apabila diserangi jangkitan P. aerugniosa. H. atra telah dipilih untuk menjalankan pengasingan berpandukan bio-asai and hasilnya, fraksi F3 dan F4 dapat melanjutkan jangka hayat C. elegans yang dijangkiti PA14. Kesan kedua-dua fraksi telah dicadangkan untuk bertindak terhadap faktor virulensi PA14 dan/atau meningkatkan sistem imun C. elegans menerusi laluan transduksi isyarat DAF2/DAF16. Analisis kimia F3 dan F4 menunjukkan bahawa kehadiran sebatian aspidospermatidine, EPA, alkaloid dan sebatian lain berpotensi untuk menjana akitiviti anti-infektif. Kesimpulannya, F3 dan F4 dari H. atra mengandungi sebatian anti-infektif yang dapat menyelamatkan C. elegans
xv
terhadap jangkitan P. aeruginosa dengan menggunakan kesan gabungan dalam peningkatan sistem imun perumah dan juga pengurangan virulensi patogen.
Description
Keywords
Screening Of Anti Infectives From Malaysian Marine Organisms , Using Caenorhabditis Elegans As Model Organism