Anime dan nilai masyarakat Jepun : satu kajian analisis nilai berdasarkan Naruto dan Dragonball GT

dc.contributor.authorMat Omar, Mohd Amir
dc.date.accessioned2016-11-07T02:32:46Z
dc.date.available2016-11-07T02:32:46Z
dc.date.issued2005-01
dc.description.abstractKonsep kajian yang teperinci mengenai animasi dan komik Jepun merupakan sesuatu yang semestinya membawa reaksi yang bertentangan dari dua aliran pendapat. Bagi pandangan sesetengah pihak, kajian sebegini merupakan satu pembaziran masa dan tenaga, ikutan perasaan dan merupakan percubaan untuk memaksa menseriuskan objek yang tidak releven dan sebenarnya tidak memerlukan perhatian yang sebgitu. Namun, bagi sesetengah pihak yang berpandangan sebaliknya, keghairahan dalam mengkaji adalah lebih diutamakan. Di samping itu, golongan pandangan kedua ini berpendapat bahawa terdapat lebih rahsia tersirat di sebalik kejayaan animasi-animasi dan komik berbanding dengan apa yang boleh dilihat dengan mata kasar. Animasi Jepun, yang dikenali sebagai anime (disebut a-ni-may) telah banyak mewamai persada hiburan televisyen. Kewujudan siri-siri anime seperti Dragonball, Doraemon, Pokemon, Macross dan Ultraman telah menjadikan anirne sebagai satu budaya popular di Jepun danjuga serata dunia. Kaitan di. a ntara anirne dan komik Jepun, yang dikenali pula sebagai manga (disebut mang-ga), tidak dapat dinafikan. Kebanyakan anime yang dihasilkan merupakan adaptasi daripada manga. Anime memikat jutaan penonton di seluruh dunia dengan gaya persembahan, tempo dan jalan cerita yang lebih terperinci dan kaya dengan nilai seni. Kekuatan sirl-sirl anime telah mempengaruhi animasi-animasi keluaran negara lain di mana kepakaran animator-animator dari Jepun dibawa masuk bagi menjayakan anirnasi tersebut. Kajian ini akan meneliti dan cuba menjawab tiga persoalan, iaitu apakah nilai-nilai utama yang ditekankan dalarn anime, apakah nilai-nilai tersirat yang wujud dalam anirne dan sejauh manakah pemaparan nilai-nilai ini menggarnbarkan realiti sebenar pegangan nilai masyarakat Jepun. Dengan itu, dua siri anirne popular dianalisis iaitu Naruto dan Dragonball GT.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3007
dc.subjectAnimasi Jepun, yang dikenali sebagai animeen_US
dc.subjecttelah banyak mewamai persada hiburan televisyen.en_US
dc.titleAnime dan nilai masyarakat Jepun : satu kajian analisis nilai berdasarkan Naruto dan Dragonball GTen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: