Vandalisma di Kawasan Rumah Pangsa Kos Renoah, Taman Free School, Pulau Pinang
Loading...
Date
2000-01
Authors
Amat, Fahruddin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Vandalisma merupakan satu fenomena. Kejadiannya dipengaruhi oleh banyak
perkara. la seringkali dikaitkan dengan tindakan golongan kategori umur remaja
dan kanak-kanak. Vandalisma adalah mengakibatkan kerugian yang besar secara
kolektif walaupun biasanya hanya melibatkan kerugian yang keeil secara individu.
Vandalisma adalah berkait rapat dengan aspek penyenggaraan. Kadangkala
sukar untuk membezakan sam ada sesuatu kerosakan itu disebabkan vandalisma
atau kerana penyenggaraan yang kurang. Vandalisma juga boleh bermula
berpunca daripada penyenggaraan yang lamah.
Kajian ini adalah untuk melihat bagaimana masalah vandalisma ini wujud di satu
kawasan perumahan pangsa kos rendah awam. Rumah pangsa kos rendah
selalunya dianggap. mempunyai peruntukan kewangan yang terhad dan
penghuninya pula mempunyai pendapatan yang ked!, Tujuan kajian adalah untuk
melihat apakah tahap vandalisma di kawasan perumahan pangsa kos rendah ini.
Bagaimana pula perasaan orang yang mendiaminya? Apakah persepsi penghuni
berhubung perkara-perkara yang berkaitan vandalisma? Bagaimana mereka
bertindak untuk menghadapi masalah ini?
Kajian telah dijalankan secara soalselidik dengan kaedah persampelan dan juga
inventori secara penilaian kuantitatif dan kualitatif. Penemuan mendapati penghuni
sebilangan besar adalah bimbang terhadap masalah ini. Kebimbangan mereka
lebih tertumpu kepada hartabenda milik persendirian seperti kenderaan.
V:andalisma terhadap hartabenda milik ramai kurang mereka peduli dan
merasakan kerosakan yang berJaku kepada hartabenda milik awam itu tidak
menyusahkan mereka.
Kajian juga mendapati aspek rekabentuk juga memainkan peranan dalam
mempengaruhi perasaan dan kejadian vandalisma. Kawasan yang tidak berada
dibawah kawalan seseorang seringkali mengalami lebih vandalisma berbanding
kawasan yang secara psikologi dikawal oleh seseorang.
Secara ringkas kajian mendapati vandalisma bukanlah satu masalah besar di
kawasan kajian. Mereka tidak merasa susah dengan kejadian ini dan mereka suka
tinggal di kawasan perumahan ini. Oi kalangan yang tidak suka juga menunjukkan
vandalisma bukanlah sebab keatas perasaannya itll.
Description
Keywords
Vandalisma 01 Kawasan Rumah Pangsa Kos Renoah , Taman Free School, Pulau Pinang