Pengkaryaan Muzik Bagi Orkestra Simfoni: Gabungan Ciri-Ciri Klasikisme, Romantisme Dan Muzik Abad Ke 20-An
Loading...
Date
2013-03
Authors
Teng, Hong Wee
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Simfoni dihayati oleh orang ramai melalui konsert, rakaman CD, muzik lataran wayang, siaran radio dan tayangan television. Walau bagaimanapun, negara kita kekurangan komposer yang mengkaryakan muzik simfoni. Karya yang kita hayati kebanyakan adalah hasil daripada komposer yang terkenal dalam zaman Klasik seperti Joseph Haydn, Wolfgang Amadeus Mozart dan Ludwig van Beethoven. Persoalannya, "Adakah kita mempunyai karya untuk orkestra simfoni?" Tesis ini adalah berdasarkan pengkaryaan muzik bagi orkestra simfoni melalui kajian terhadap ciri-ciri Klasikisme, Romantisime, dan Muzik Abad Ke 20-an. Tesis ini mengandungi dua buah simfoni, iaitu Simfoni No.1 dalam G major dan Simfoni No. 2- 'Ibu Sichuan'. Simfoni No.1 adalah muzik mutlak yang terdiri daripada tiga gerakan iaitu I. Allegro, II. Andante dan III. Rondo. Simfoni No.1 menunjukkan ciri-ciri lumrah simfoni klasik dari segi bentuk, sistem tonal, harmoni dan orkestrasinya. Simfoni No. 2- 'Ibu Sichuan' menyampaikan kasih sayang ibu yang mendalam terhadap kanak-kanak yang meninggal dunia dalam peristiwa Gempa Bumi di Sichuan pada 12hb.Mei 2008. Simfoni ini adalah muzik program yang terdiri daripada lima gerakan iaitu I. Rayuan Ibu; II. Doa Gentaran; III. SMS Ibunda; IV. Detik Mukjizat dan V. Serpihan Rindu. Simfoni No. 2 menunjukkan ciri-ciri ketidaklaziman dari segi bentuk, sistem tonal dan harmoni. Tinjauan literatur dalam tesis ini mengandungi empat bahagian, (1) kajian terhadap kreativiti, estetik dan kaedah pengkaryaan simfoni;(2) penyelidikan terhadap perkembangan muzik simfoni zaman praktis lazim;(3) perkembangan muzik pada abad ke 20-an dan (4) peristiwa gempa bumi 2008 di Sichuan, China.
Description
Keywords
Orkestra Simfoni , Klasikisme, Romantisme Dan Muzik Abad Ke 20-An