Analisis Pengajian Tahfiz Al-Qur’N Daripada Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran: Kajian Ma’had Tahfiz Di Kedah

dc.contributor.authorBAHARUDIN, MOHAMAD SHAHRIN
dc.date.accessioned2016-06-14T07:41:39Z
dc.date.available2016-06-14T07:41:39Z
dc.date.issued2015-09
dc.description.abstractPengajian tahfiz al-Qur’n semakin mendapat sambutan pada masa kini. Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan jumlah pelajar tahfiz dan pertumbuhan pusat pengajian tahfiz. Namun demikian, realitinya, masih terdapat kelemahan daripada aspek pengajaran dan pembelajaran P&P dalam sistem pengajian tahfiz. Antaranya ialah masalah motivasi dan minat pelajar di mana sebahagian pelajar tahfiz tidak mampu menghabiskan hafalan tiga puluh juz' al-Qur'n semasa tempoh pengajian mereka, masalah kesepaduan objektif tahfiz, sistem akreditasi pengajian dan kurikulumnya yang berbeza-beza. Tujuan kajian ini ialah mengenal pasti konsep pengajian tahfiz al-Qur’n, mengkaji perkembangan pengajian tahfiz al-Qur’n di Alor Setar, Kedah, mengenalpasti sistem pengajian tahfiz yang diguna pakai di pusat pengajian tahfiz, dan menganalisis aspek pengajaran dan pembelajaran dalam pengajian Tahfiz al-Qur’n. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengkaji menggunakan kaedah temu bual dan soal selidik. Temu bual dilakukan kepada 5 orang guru tahfiz berpengalaman, manakala soal selidik yang mengguna pakai kaedah persampelan rawak berstrata dikemukakan kepada 300 pelajar tahfiz di 8 Ma’had tahfiz swasta, daerah Alor Setar. Hasil kajian mendapati semakin banyak ma’had tahfiz tumbuh di Alor Setar kesan daripada kesedaran orang ramai terhadap kelebihan hafalan al-Qur’n atas hasil usaha pihak kerajaan, NGO dan juga individu. Secara keseluruhannya, terdapat empat sistem pengajian tahfiz di Alor Setar iaitu sistem ala India dan Pakistan, sistem Azhar, sistem integrasi Tahfiz Sains dan sistem Turki. Kajian juga mendapati sistem pengajian tahfiz ala India dan Pakistan merupakan sistem yang paling baik dalam aspek P&P tahfiz jika dibandingkan dengan yang lain. Daripada aspek pengajaran oleh guru, antara faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan P&P ialah kelonggaran yang diberikan kepada pelajar apabila pelajar tidak dapat menghafal dengan lancar ayat hafalan, guru kurang memantau ingatan hafalan para pelajar dan guru juga kurang mengambil berat kaedah pemahaman Al-Qur’ān . Manakala daripada aspek pembelajaran, keberkesanan P&P dipengaruhi oleh sikap pelajar yang tidak yakin dapat mengingati al-Qur’n, tidak konsisten mengikuti jadual mengulang Al-Qur’ān, tidak menguasai bahasa arab, dan keterlibatan aktiviti di ma’had. Sebagai langkah penambah baikan, guru dan pelajar tahfiz perlu mengikuti P&P berkesan dan melalui tiga peringkat pembelajaran iaitu pra tahfiz, tahfiz dan pasca tahfiz.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2106
dc.subjectAnalisis Pengajian Tahfiz Al-Qur’N Daripada Aspek Pengajaran Dan Pembelajaranen_US
dc.subjectKajian Ma’had Tahfiz Di Kedahen_US
dc.titleAnalisis Pengajian Tahfiz Al-Qur’N Daripada Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran: Kajian Ma’had Tahfiz Di Kedahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: