Satu kajian tentang reka corak tembikar Baba dan Nyonya Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2005-06
Authors
Choong, Grace Ai May
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Barangan tembikar merupakan warisan dalam masyarakat Saba dan Nyonya. Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang terdapat komuniti Saba dan Nyonya. Saba Pulau Pinang mengucapkan bahasa Hokkien patois yang bercampur dengan pinjaman bahasa Melayu. Sosial budaya mereka juga dipengaruhi oleh warisan golongan orang Melayu, Eurasian, Arab, Thai, India dan Burma. Objektif kajian ini adalah untuk membuat satu dokumentasi tentang barangan dapur dan jubin yang digunakan oleh masyarakat Saba dan Nyonya di Pulau Pinang serta membuat olahan teoritikal dari segi bahasa seni. Fokus utama kajian ini ialah untuk mengkaji reka corak dan erti simbolik pada sampel tembikar. Metodologi kajian ini merangkumi sesi temubual dengan seniman, kolektor antik, warisan Saba, kurator muzium dan pekedai antik. Sesi pemerhatian serta dokumentasi imej dan pengukuran dimensi barangan dibuat dalam bentuk nota, rakaman pita dan fotografi. Analisis terperinci tentang reka corak adalah berasaskan transkripsi dan pemerhatian yang diperolehi daripada rakaman semasa menjalankan kerja lapangan. Untuk bahagian analisis dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tembikar Famille Rose, Tembikar Biru dan Putih serta Seni Jubin. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa beberapa motif yang dipilih dan disukai oleh masyarakat ini pada tembikar Nyonya menggambarkan maksud simbolik yang berkaitan dengan sosial-budaya mereka seperti pantang-larang, filial piety dan majlis-majlis kebesaran. Satu tema yang paling banyak dijumpai pada tembikar Nyonya yang berpolikroma enamel dan hal us adalah motif burung Phoenix dan bunga Peony. Seballiknya bentuk tembikar Nyonya pula sangat mudah dan berfungsi kegunaan. Motif popular yang diulang-ulangkan pada Tembikar Biru dan Putih didekorasikan dengan motif ramarama dan gulungan daun-daunan. Selain itu, jubin seni yang terdapat pada dinding rumah Saba dan Nyonya merupakan satu titik-tolak kepada bidang kajian yang baru. Jubin seni semakin hilang disebabkan kerja-kerja renovasi dan peruntuhan pada bangunan-bangunan lama. Motif tertonjol pada seni jubin pula menggambarkan pelbagai reka corak bunga ros. Dokumentasi dibuat pada pelbagai variasi jubin yang diimport dari negara Eropah dan negeri Jepun menunjukkan asimilasi elemen budaya yang pluralisme dan unik di Pulau Pinang.
Description
Keywords
Tembikar
Citation