Kesan Terapi Bermain Pasir Dan Melukis Terhadap Kerisauan Dan Estim Kendiri Murid

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-01
Authors
Busu, Rusli
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan terapi bermain pasir dan melukis terhadap kerisauan dan estim kendiri murid. Subjek kajian terdiri murid sekolah kebangsaan tahun lima (n=18) dari tiga buah sekolah dan GBK (n=2). Kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi tujuan pemilihan subjek kajian. Subjek kajian dibahagikan dalam tiga kelompok iaitu; kelompok bermain pasir (n=6), kelompok melukis (n=6) dan kelompok kawalan (n=6). Sebanyak lima sesi dijalankan ke atas kelompok bermain pasir dan kelompok melukis. Setiap pertemuan sesi dalam kelompok mengambil masa selama 60 minit. Dua instrumen digunakan untuk mengumpul data kuantitatif iaitu STAIC (A-State) (State-Trait Anxiety Inventory for Children) dan Estim Kendiri Stanley Coopersmith. Analisis data kuantitatif digunakan statistik Nonparametric Wilcox-Test dan Friedman-Test, sementara transkripsi temu bual digunakan untuk menganalisis data kualitatif. Kajian menunjukkan terdapat penurunan kerisauan dan peningkatan estim kendiri subjek kajian dalam terapi bermain pasir dan melukis. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah dan teknik ini sesuai digunakan kepada murid sekolah kebangsaan.
Description
Keywords
Kesan terapi bermain pasir dan melukis , terhadap kerisauan dan estim kendiri murid
Citation