Kajian keberkesanan pengurusan penyelenggaraan bangunan di Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam
Loading...
Date
2004-05
Authors
Hasim, Mohamad Sufian
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pengurusan penyelenggaraan merupakan satu aktiviti kerja yang amat diperlukan bagi
sesebuah bangunan. Keperluan ini bagi memenuhi piawaian kualiti, prestasi, penampilan dan
jangkahayatnya yang terbaik. Untuk merealisasikan pencapaian ini, ia memerlukan satu
sistem pengurusan yang efisyen, mantap dan berwibawa bagi menghasilkan kualiti dan mutu
kerja yang terbaik.
Di dalam dissertasi ini, penyelidikan keatas aspek pengurusan penyelenggaraan telah
ditumpukan untuk melihat pendekatan yang digunakapakai oleh organisasai pengurusan
penyelenggaraan Vniversiti Teknologi ?vfara (ViTM) Shah Alam di dalam menyelenggara
bangunan-bangunannya.. Sebenarnya tahap pengurusan penyelenggaraan bangunanbangunan
di ViTM masih menjadi tanda. Ini berdasarkan kajian rambang keatas kakitangan
dan para pelajar, di dapati terdapat banyak rungutan daripada mereka mengenai tahap kualiti
pengurusan penyelenggaraan yang telah di amalkan. Jadi matlarnat utama penyelenggaraan'
bangunan jenis ini tertumpu kepada membentuk suasana pembelajaran yang sihat,
memastikan aktiviti pembelajaran tidak tergendala, berkesan dan efisyen.
Pengkajian ini dilaksanakan melalui penyelidikan buku-buku rujukan, maklurnat bercetak
dari Pejabat Penyelenggaraan ViTM Shah Alam, bahan-bahan ilmiah seperti artikel-artikel,
rnajalah-rnajalah, kertas kerja dan keratan akhbar yang mempunyai hubungkait berkenaan
tajuk-ttljuk kajian. Penyelidikan juga dilakukan ditapak bagi mendapatkan data-dat
daripada kajian kes, iaitu melalui soalan kajiselidik dan temubual dengan pihak-pihak yang
terlibat secara langsung dalam kajian ini serta tinjauan keatas bangunan dan persekitaran
bagi menilai keadaan semasa bangunan.
Hasil dari penyelidikan ini di dapati terdapat perbezaan yang agak ketara jika dibandingkan
diatas kertas dengan pengkajian di tapak., Ini kerana secara di atas kertas, pengurusan
penyelenggaraan UiTM Shah Alam berada pada tahap yang baik tetapi apabila dilihat secara
lebih terperinci ditapak hasilnya agak mengecewakan Keadaan ini diperkukuhkWl lagi
dengan penemuan-penemuan yang terhasil melalui kajiselidik yang dibuat keatas para
responden, yang mana majoriti daripada mereka berpandangan kualiti kerja/pengurusan
penyelenggaraan yang dilaksanakan hanya berada pada tahap yang memuaskan sahaja.
Pandangan ini mewakili 53 % daripada keseluruhan responden yang terlibat di dalam kajian
1m.
Untuk tujuan peningkatan kualiti pengurusan penyelenggaraan UiTM, penyelidik telah
merekabentuk satu cadangan yang dirasakan rnampu membantu pihak organisasi'
penyelenggaraan untuk merealisasikan objektif utamanya iaitu bagi memastikan aset UiTM
sentiasa dalam keadaan terurus, baik dan selarnat, dengan matlamat menjadikan UiTM
sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam yang berfungsi untuk membangunkan
generasi bumiputera supaya menjadi profesional, berilmu, berinovasi, berdaya saing,
bertaqwa dan mampu menerajui pembangunan negara .
Description
Keywords
Pengurusan penyelenggaraan , Universiti Teknologi MARA