Penyediaan dan pengurusan kawasan lapang perumahan : kajian kes : Mukim Batu, Gombak, Selangor

Loading...
Thumbnail Image
Date
2002
Authors
Mamat, Rooslinda
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyediaan kemudahan masyarakat yang sempurna amat penting dalam usaha untuk melahirkan sebuah masyarakat yang sihat. Selaras dengan wawasan Negeri Selangor untuk mencapai negeri maju menjelang tahun 2005, penumpuan kepada penyediaan kemudahan sosial yang sempurna harus diambilkira supaya pembangunan ekonomi seimbang dengan pembangunan sosial. Satu isu yang berkaitan dengan penyediaan rekreasi ialah penyelenggaraan kawasan lapang. Walaupun isu tersebut telah lama, tetapi ia berlanjutan sehingga sekarang di mana terdapat kawasan lapang terutama di kawasan perumahan tidak diselenggara dengan baik. Oleh itu, kajian ini akan melihat kepada tahap penyediaan dan pengurusan kawasan lapang perumahan di Mukim Batu, Gombak, Selangor yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang. Penilaian terhadap tahap penyediaan dan pentadbiran merupakan satu cara yang terbaik untuk menjawab persoalan mengapa keadaan ini berlaku. Pengkajian ini akan dapat memberi gambaran sebenar corak pengurusan kawasan lapang oleh Majlis Perbandaran Selayang dan memberi panduan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya turut memberi penekanan kepada kawasan lapang dalam proses perancangan.
Description
Keywords
Pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial
Citation