Pelancongan warisan dan pembangunan bandar : kajian kes di Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang
Loading...
Date
2001-06
Authors
Lee, Ying Ying
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tujuan kajian ialah mengupas konflik dan persepsi di kalangan residen, pelancong,
pemaju pelancongan warisan dan pihak berkuasa tempatan berkaitan dengan pelancongan
warisan di Georgetown. Kajian seterusnya menggariskan implikasi konflik di kalangan
empat pihak ini. Sampel kajian terdiri daripada 250 orang residen dan 250 orang
pelancong, serta beberapa wakil pihak berkuasa tempatan dan pemaju pelancongan
wansan.
Kajian kes di Georgetown memperlihat.t.can kekompleksan pemeliharaan warisan dalam
bandar yang pesat membangun. Georgetown mengalami pelbagai tekanan guna tanah
dalam proses pembangunannya, dan bangunan warisan kadang kala terpaksa memberi
laluan kepada modenisasi dan kegunaan komersial. Konflik dan tanggapan yang berbeza
di kalangan residen, pelancong, pihak berkuasa tempatan dan pemaju pelancongan
warisan yang amat ketara ini sedikit sebanyak menunjukkan tiada kesepakatan dalam
pengertian konsep dan aktiviti pelancongan warisan di kalangan pihak-pihak yang
berkepentingan. Konflik dan perbezaan tanggapan didapari signifikan daripada segi
statistik untuk item-item tertentu yang berkaitan dengan pelancongan warisan. Jelas, ini
adalah kekangan· utama kepada perancangan pelancongan warisan dalam jangka masa
pendek, tetapi boleh dijadikan sebagai saru titik tolak untuk menghasilkan pelan tindakan
perancangan yang bersifat marnpan dalam jangka masa panjang.
Description
Keywords
Konflik dan persepsi di kalangan residen, pelancong, pemaju pelancongan warisan , dan pihak berkuasa tempatan berkaitan dengan pelancongan warisan di Georgetown