Keberkesanan Pengurusan Sesebuah Pasukan Perekabentuk (Arkitek) Dl Dalam Melaksanakan Sesebuah Projek Pembinaan
Loading...
Date
2007-04
Authors
Nordin, Jestin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pengurusan sesebuah pasukan perekabentuk (pengkhususan kepada firma arkitek) di
dalam melaksanakan dan pada masa yang sama menjayakan projek pembinaan
tersebut adalah sesuatu yang bukannya sangat mudah. Tambahan pula, terdapat
pengisian atau penyempurnaan skop tugasan yang telah ditentukan bermula daripada
awalan projek (project inception stage) sehinggalah penyiapannya, menurut
peruntukan Masa, Kos dan Kualiti yang telah ditetapkan oleh pihak klien projek
tersebut.
Justeru, penekanan yang diberikan di dalam kajian ini adalah untuk lebih
mengenalpasti apakah sebenarnya permasalahan pengurusan sesebuah firma arkitek;
pengkoordinasian tenaga kerja ataupun masalah pengurusan individu arkitek sendiri.
Pada masa yang sama, kajian juga akan cuba mencari punca persefisihan atau krisis
di dalam pengurusan dan apakah penawar bagi permasalahan ini untu~ kebaikan
praktis senibina Malaysia juga tanggungjawab kepada klien yang perlu ditunaikan.
Penulis juga mencuba mencari sebuah modul pasukan kerja yang sesuai, berdasarkan
kriteria sesuatu projek itu secara tersendirinya kerana setiap projek adalah berbezabeza
kehendak dan kompleksitinya.
Untuk itu, kajian soal-selidik telah dijalankan ke atas perilaku serta tindakan dari pihak
arkitek (dan kesemua terlibat dalam senibina - subordinat) semasa melaksanakan
tugasan (projek) yang diperolehi. Temubual secara empat mata turut dilaksanakan
supaya memahami secara lebih mendalam kaedah pengurusan seseorang prinsipal
arkitek di dalam firmanya semasa mengendalikan isu-isu tenaga kerja, perhubungan
dengan klien dan pihak berkuasa tempatan dan isu lain yang berkaitan. Bagi
mengimbangi respon daripada pihak perekabentuk semata-mata, maka maklumbalas
daripada pihak klien mengenai tahap keefektifan dan keberkesanan firma arkitek di
Pulau Pinang ini dijalankan juga melalui kaedah pengedaran borang soal-selidik juga
menemubual pihak klien sendiri.
Didapati, daripada hasil analisa kajian, terdapat ramai prinsipal atau pengarah firma
rekabentuk kurang dari segi kebolehan kepimpinan. Namun, apa yang tetap
membolehkan penyempumaan tugasan adalah semangat berpasukan {teamwork} dan
profesionalisma individu-individu di dalam firma tersebut yang sangat kritikal
keperluannya. Perhubungan yang erat dan baik dengan pihak klien (dan juga pihak
berkuasa tempatan) akan memudahkan urusan penyempurnaan projek, dan di sini
jelas peranan komunikasi dua hala dan persefahaman pihak terlibat projek memang
sangat-sangat diperlukan untuk mencapai kejayaan sesebuah projek yang menepati
Masa, Kos dan Kualiti yang telah diharapkan.
Description
Keywords
Pengurusan sesebuah pasukan perekabentuk , projek pembinaan.