Prestasi Kewangan Dan Isu-Isu Pengurusan Firma Kontraktor Bumiputera Dalam Industri Pembinaan

dc.contributor.authorAb. Halim, Mohd Suberi
dc.date.accessioned2019-06-25T02:20:21Z
dc.date.available2019-06-25T02:20:21Z
dc.date.issued2012-06
dc.description.abstractFaktor kewangan mempunyai hubungan yang signifikan kepada prestasi firma kontraktor. Menurut kajian-kajian terdahulu, jumlah kegagalan firma kontraktor didapati lebih tinggi berbanding dengan peratusan kegagalan firma perniagaan dalam industri lain. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif. Pertama, untuk mengenal pasti faktor-faktor kegagalan kontraktor bumiputera dengan menggunakan kaedah analisis nisbah terhadap empat pembolehubah kewangan iaitu kecairan modal firma, tahap keuntungan firma, bebanan hutang firma dan tahap kecekapan firma mengurus kewangan/aset. Objektif kedua ialah untuk mengenal pasti sebab-sebab kegagalan yang berkaitan dengan empat pembolehubah kewangan yang diperihalkan di atas manakala objektif ketiga adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen pengurusan kewangan yang efektif. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, pungutan data untuk kajian ini telah melibatkan penggunaan kedua-dua kaedah kajian iaitu kualitatif (analisis nisbah dan temu bual) dan kuantitatif (borang soal selidik) yang menjurus kepada pengenalan konsep triangulasi. Responden untuk kajian kualitatif terdiri daripada enam firma-firma pembinaan Bumiputera manakala data kuantitatif melibatkan 54 responden. Dapatan daripada analisis nisbah menunjukkan secara puratanya firma kontraktor menghadapi masalah kekurangan modal untuk membiayai projek yang mereka laksanakan kerana menikmati untung yang kecil daripada projek pembinaan, bebanan hutang yang tinggi dan kurang kecekapan dalam pengurusan aset. Selanjutnya, kajian mengesahkan bahawa masalah modal yang dialami oleh firma pembinaan Bumiputera adalah disebabkan oleh firma memulakan perniagaan dengan modal yang kecil, kelewatan menerima bayaran kemajuan dan bayaran dari pihak klien; keuntungan firma yang kecil disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan, harga kontrak yang rendah dan kelewatan kontraktor menyiapkan projek; hutang firma yang tinggi disebabkan oleh kelewatan pemilik projek membuat pembayaran, modal asas firma kecil dan bayaran pendahuluan lewat diterima dan firma adalah kurang cekap dalam pengurusan asset berikutan pemilikan aset tetap pada kadar yang tinggi dan tiada perancangan penggunaan aliran tunai yang sempurna.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8370
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPrestasi kewangan dan isu-isu pengurusan firmaen_US
dc.subjectkontraktor bumiputera dalam industri pembinaanen_US
dc.titlePrestasi Kewangan Dan Isu-Isu Pengurusan Firma Kontraktor Bumiputera Dalam Industri Pembinaanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: