Perbandingan Pelaksanaan Kurikulum Bidang Pemasaran Dan Kecekapan Pelajar Antara Institusi Pendidikan Tinggi Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2010-06
Authors
Subramaniam, Ilangko
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Permasalahan yang sering diperkatakan ialah sejauh manakah pelajar di institusi pendidikan tinggi menguasai kecekapan untuk menghadapi alam pekerjaan dalam bidang pengajian yang dikuti. Selaras dengan persoalan ini, kajian ini bertujuan menganalisis pelaksanaan kurikulum bidang pemasaran dari segi objektif, kandungan kurikulum, kaedah penerapan kecekapan dan kecekapan-kecekapan yang dikuasai oleh pelajar tahun terakhir di 5 buah institusi pendidikan tinggi di negara ini. Kajian ini telah mengupas 3 aspek penting iaitu; perbezaan dan persamaan kurikulum bidang pemasaran antara 5 buah IPT di Malaysia dari segi objektif, struktur kursus dan kandungan kursus pemasaran, kedua; cara-cara kecekapan dalam bidang pemasaran diterapkan dan ketiga; kecekapan yang diperoleh pelajar tahun akhir bidang pemasaran di IPT kajian.
Description
Keywords
Kurikulum Bidang Pemasaran , Kecekapan Pelajar Antara Institusi Pendidikan Tinggi Di Malaysia
Citation