Phytochemical Study, Anti-Toxoplasmosis And Antimalarial Activities Of Tinospora Crispa Miers Methanol Extract And Its Bioactive Fractions
Loading...
Date
2015-02
Authors
WEI CAI, LEE
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Toksoplasmosis dan malaria merupakan dua penyakit serius yang mengakibatkan bebanan terhadap kesihatan manusia. Pada masa kini, tiada banyak kemajuan yang dicapai bagi pembangunan agen-agen kimoterapeutik untuk rawatan toksoplasmosis dan malaria. Agen-agen kimoterapeutik semasa telah digunakan selama beberapa dekad dan parasit telah mencapai rintangan terhadap ubat-ubatan semasa. Secara tradisi, Tinospora crispa Miers telah digunakan dengan meluas untuk merawat malaria, demam dan penyakit-penyakit parasit lain yang berkaitan. Dalam kajian ini, ekstrak mentah metanol dan fraksi-fraksi bioaktif Tinospora crispa Miers dikaji untuk aktiviti-aktiviti anti-parasitik terhadap Toxoplasma gondii dan Plasmodium berghei, kajian fitokimia dan aktiviti anti-oksida. Ekstrak mentah telah diekstrak daripada batang Tinospora crispa Miers menggunakan kaedah rendaman dan dipencilkan kepada kumpulan komponen yang kecil dengan menggunakan teknik kromatografi lajur dengan pengelusi sistem pelarut heksana-aseton. Aktiviti sitotoksik ekstrak mentah dan kesemua fraksi yang mempunyai kekutuban berbeza (F1 hingga F8 masing-masing) telah ditentukan dengan in vitro assai MTT ke atas sel Vero. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak mentah dan kesemua fraksi menunjukkan tiada aktiviti sitotoksik ke atas sel Vero. Ekstrak mentah dan kesemua fraksi telah dikaji selanjutnya untuk aktiviti anti-parasitik terhadap Toxoplasma gondii.
Description
Keywords
Phytochemical Study, Anti-Toxoplasmosis And Antimalarial Activities Of Tinospora Crispa Miers Methanol Extract , And Its Bioactive Fractions