Keberkesanan Penggunaan Buku Garis Tiga Dalam Kemahiran Menulis Murid Bermasalah Pembelajaran

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-08
Authors
Abdullah, Rozwati
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan reka bentuk kajian ialah kajian tindakan yang menggunakan Model Kajian Tindakan dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1988) berpandukan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Kajian ini juga menggunakan Teori Konstruktivisme yang dipelopori oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky dan model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) untuk menjelaskan kajian berkaitan kemahiran menulis. Sampel dalam kajian ini ialah seramai lapan orang peserta kajian murid bermasalah pembelajaran berumur di antara 14 hingga 17 tahun yang berada dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di salah sebuah sekolah daerah Langkawi. Instrumen kajian yang telah digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian dan analisis dokumen. Pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur kerana pengkaji telah mengenal pasti peserta kajian dan menggunakan senarai semak dalam melakukan pemerhatian. Item-item ujian diambil dari buku Instrumen Penentu Penguasaan Membaca, Menulis dan Mengira (KPM, 2009). Item ujian pada borang senarai semak adalah sama dengan ujian yang diberikan kepada peserta kajian . Ujian ini digunakan untuk memperoleh data berkaitan dengan persoalan-persoalan kajian yang melibatkan aspek kemahiran menulis. Selain itu juga analisis dokumen di buat melalui pengumpulan data hasil kerja iaitu lembaran kerja peserta kajian digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil daripada analisis yang dibuat menunjukkan penggunaan buku garis tiga dapat menjawab keempat-empat persoalan kajian dan memberikan kesan positif dalam kemahiran menulis murid bermasalah pembelajaran dari segi menulis bentuk huruf, penulisan huruf berekor, keseragaman saiz huruf dan kekemasan huruf yang ditulis.
Description
Keywords
keberkesanan penggunaan buku garis tiga , kemahiran menulis murid bermasalah
Citation