Kontroversi Dwi-Kerakyatan Dalam Pembentukan Kewarganegaraan Malaysia, 1900-1965

Loading...
Thumbnail Image
Date
2007-06
Authors
Choo Chin, Low
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sebelum 1948, tidak terdapat satu sistem kerakyatan yang seragam untuk seluruh Tanah Melayu. Undang-undang British terlaksana bertindan-tindih dengan peraturan-peraturan tradisional. Secara umumnya, undang-undang kerakyatan British diguna pakai di Nege~negeri Selat' yang merupakan Koloni British dan di Nege~ negeri Melayu yang merupakan Negeri Naungan British. Menurut Undang-undang kerakyatan British, mereka yang dilahirkan di Nege~negeri Selat merupakan rakyat British dan mereka yang dilahirkan di Negeri-negeri Melayu adalah "British Protected Person". Selain terlakluk kepada undang-undang kolonial British, keturunan imigran China juga tertakluk kepada dasar kewarganegaraan China yang terus menganggap orang Cina di seberang Iaut sebagai warganegara China. Sebagai rakyat Raja, orang Melayu dan pribumi di Nege~negeri Melayu terus memberi kesetiaan kepada Rajaraja Melayu yang berdaulal. Akibat daripada pelbagai sistem kerakyatan yang beroperasi di Tanah Melayu, penduduknya boleh memiliki lebih daripada satu kerakyatan. Dalam tesis ini, istilah dwi-kerakyatan digunakan sebagai bermaksud lebih daripada satu kerakyatan. Isu dwikerakyatan masih berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Status kenegaraan penduduk Malaysia menjadi bertambah kompleks apabila British cuba memperkenalkan sistem kerakyatan yang seragam di Tanah Melayu melalui kerakyatan Malayan Union yang kemudiannya digantikan dengan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kerakyatan Persekutuan bukan satu kewarganegaraan dan rakyat Persekutuan dibenarkan untuk mengekalkan kewarganegaraan lain. Penduduk Tanah Melayu yang teJahpun memiliki dwi-kerakyatan sebelum perang diberikan kerakyatan tambahan iaitu kerakyatan Persekutuan. Pemberontakan komunis pada 1948 telah menyebabkan kerakyatan Persekutuan dipinda untuk mengehadkan dwi-kerakyatan. Melalui 'Perjanjian Persekutuan (Plndaan 1952, seseorang boIeh menjadi rakyat Persekutuan dengan menjadi rakyat Raja atau Rakyat United Kingdom dan Tanah Jajahan (Citizens of the United Kingdom and Colonies, CUKC). Orang bukan Melayu yang memohon rnenjadi rakyat Raja di bawah Enakman Kewarganegaraan Negeri yang baru diperkenaJkan di semua negeri Melayu, perlu melepaskan kewarganegaraan lain. Bagaimanapun, CUKC yang menjadi rakyat Persekutuan boleh mengekalkan kewarganegaraan British. Kerajaan Persekutuan teJah mewujudkan status kewarganegaraan negeri yang baru untuk mengehadkan dwikerakyatan. Dengan pengenalan sistem kewarganegaraan negeri, wujud bentuk lain dwi-kerakyatan iaitu kerakyatan Persekutuan dan kewarganegaraan negeri.
Description
Keywords
Dwi-Kerakyatan , Kewarganegaraan Malaysia
Citation