Pengaruh Kepimpinan Bersepadu Pengetua, Keadilan Organisasi Dan Penetapan Matlamat Terhadap Komitmen Guru Di Sekolah-Sekolah Di Daerah Yogyakarta

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-01
Authors
Subarino
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan bersepadu, keadilan organisasi dan penetapan matlamat terhadap komitmen guru. Pengaruh mediator keadilan organisasi dan moderator penetapan matlamat terhadap hubungan antara kepimpinan bersepadu dengan komitmen guru turut dikaji. Sejumlah 365 orang guru yang dipilih secara rawak berperingkat di sekolah-sekolah menengah di daerah Yogyakarta menjadi responden kajian. Prosedur analisis regresi berganda dan Structure Equation Modeling (SEM) digunakan untuk menguji hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan bersepadu mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap keadilan organisasi, penetapan matlamat dan komitmen guru. Dapatan kajian juga menunjukkan kepimpinan berorientasikan perubahan, keadilan organisasi (prosedur, pengagihan dan interpersonal) dan penetapan matlamat (kekhususan dan kesukaran) didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap komitmen guru. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa keadilan organisasi bertindak sebagai mediator mutlak terhadap hubungan antara kepimpinan bersepadu dengan komitmen guru.
Description
Keywords
Pengaruh Kepimpinan Bersepadu Pengetua, Keadilan Organisasi Dan Penetapan Matlamat , Terhadap Komitmen Guru Di Sekolah-Sekolah Di Daerah Yogyakarta
Citation