Using Kce Questioning Model In Eliciting Critical Responses In The Literature Classroom
Loading...
Date
2015-02
Authors
VAIRAPPAN, AMALORPAVAMARY
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kebolehan guru-guru dalam kaedah penyoalan untuk menggalakkan pemikiran maklumbalas kritis di dalam bidang pendidikan merupakan satu cabaran. Kajian ini mencadangkan satu model penyoalan yang dikenali sebagai Model Pengetahuan-Pembinaan-Pelaksanaan (Model KCE) dan bertujuan mengkaji keberkesanan model penyoalan ini dalam penghasilan maklumbalas kritis di dalam pengajaran komponen kesusasteraan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah menengah terpilih di Malaysia. Kajian ini melibatkan 13 orang guru dan 519 orang pelajar Tingkatan 4 dari 7 buah sekolah di negeri Pulau Pinang dan Sabah. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 dari sekolah yang terpilih dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Guru dalam kumpulan rawatan menyoal menggunakan model penyoalan KCE yang dicadangkan. Guru-guru dalam kumpulan kawalan menggunakan kaedah penyoalan tradisional. Kajian yang berbentuk kuasi-experimental yang menggabungkan kuantitatif dan kualitatif telah dilaksanakan untuk mengumpul data kuantitatif dan kualitatif. Skor-skor maklumbalas kritis lisan dan bertulis para pelajar telah dianalisakan menggunakan ujian t dan non-parametric independent sample test. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar dalam kumpulan rawatan menghasikan peningkatan maklumbalas kritikal lisan dan bertulis yang lebih signifikan daripada kumpulan rawatan. Data kualitatif daripada temuduga daripada para guru dan pelajar dalam kumpulan rawatan telah dianalisa menggunakan prinsip-prinsip Grounded theory.
Description
Keywords
Using Kce Questioning Model In Eliciting Critical Responses , In The Literature Classroom