Perhubungan antara perlakuan pembelanjawan dan prestasi pengurusan di kalangan pengetua sekolah menengah di Malaysia: pengaruh komitmen organisasi

Loading...
Thumbnail Image
Date
2003-03
Authors
Abdullah Hadi, Abdul Walad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini menguji sama ada terdapat hubungan antara perlakuan pembelanjawan dan prestasi pengurusan dalam sektor awam. Penyertaan dalam penyusunan belanjawan, perhatian peribadi terhadap belanjawan, penilaian berasaskan belanjawan dan manipulasi belanjawan yang teijadi dikenalpasti sebagai dimensi perlakuan pembelanjawan kajian ini yang beroperasi pada skala peringkat individu. Hubungan perlakuan pembelanjawaii dan prestasi pengurusan di dalam karya perakaunan menghasilkan keputusan yang berkonflik, sekali gus membuktikan kempngkinan pengaruh pembolehubah pemoderat, komitmen organisasi. Mengikut teori yang dibentangkan dalam kajian ini, individu yang tinggi komitme~ afektif mereka, perlakuan pembelanjawan dan prestasi pengurusan berhubungan secara positif manakala hubungan itu akan sonsang bagi individu yang rendah komitmtm afektif mereka. Mengikut teori itu juga, individu yang tinggi komitmen kontinuan mereka, perlakuan pembelanjawan dan prestasi pengurusan berhubungan secara sonsang manakala hubungan itu akan positif bagi individu yang rendah komitmen kontinuan mereka. Gerak balas daripada 177 pengetua sekolah menengah dan pibak atasan mereka, pegawai pendidikan daerah dari dalam negara dipungut bagi tujuan kajian ini. Pemungutan data dilakukan mengikut kaedah tinjauan soal selidik Data dianalisis dengan menggunakan analisis regresi berganda berhierarki. Hasil yang diperolehi daripada kajian menunjukkan hampir semua dimensi perlakuan pembelanjawan mempunyai hubungan dengan dua dimensi prestasi pengurusan, prestasi pengurusan pengajaran dan prestasi pengurusan pentadbiran, sungguhpun agak lemah, tetapi tidak dengan prestasi pengurusan global (pengadaran atasan). Penyertaan dalam penyusunan belanjawan dan perhatian peribadi terhadap belanjawan muncul menjadi dimensi perlakuan pembelanjawan paling berpengaruh. Kajian ini gagal memperolehi sebarang kesan interaksi perlakuan pembelanjawan dengan kedua-dua komitmen afektif dan kontinuan yang mana mempengaruhi prestasi pengurusan pengajaran dan prestasi pengurusan pentadbiran. Walau bagaimanapun terdapat dua kes terpencil kesan interaksi antara penilaian berasaskan belanjawan dan komitmen afektif, dan perhatian peribadi terhadap belanjawan dan komitmen kontinuan yang mana mempengaruhi prestasi pengurusan global. Dapatan kajian ini memberi implikasi dimensi-dimensi tertentu perlakuan pembelanjawan dan komitmen organisasi, perlu ditingkatkan (atau diturunkan) bagi meningkatkan prestasi pengurusan pengetua sekolah menengah.
Description
Keywords
Perlakuan pembelanjawan dan prestasi pengurusan
Citation