Fragmentation As Gender Trap: A Feminist Reading Of Selected Dramas By Henrik Ibsen And George Bernard Shaw

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-03
Authors
ALI, AZHAR JASIM
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Henrik Ibsen dan George Bernard Shaw sering dianggap sebagai individu yang memperjuangkan hak wanita. Drama mereka banyak berkisar tentang masalah sosial, dan idea yang sering diulang-ulang adalah berkaitan dengan hak wanita. Justeru, berdasarkan drama-drama tersebut, dapat dibuat analisis dari perspektif feminis, terutamanya dari sudut ketidaksamaan gender. Oleh itu, tesis ini menumpukan secara khusus kepada mekanisme ketidaksamaan gender yang menyebabkan penyerpihan atau fragmentasi elemen manusia dalam watak wanita. Kajian terdahulu tidak menganalisis watak wanita secara menyeluruh yang dapat menggambarkan keadaan wanita yang terserpih. Dalam kajian ini, lima teori digabungkan menggunakan pendekatan yang bersahaja, dengan teori gender Butler sebagai titik rujukan. Empat teori lain yang diambil kira adalah feminisme existentialis de Beauvoir, teori politik gender Millett, teori keperluan asas manusia oleh Maslow dan teori kuasa Foucault. Analisis yang berasingan tentang elemen minda, badan, dan jiwa manusia turut dijalankan untuk menunjukkan fragmentasi yang menjadi punca di sebalik masalah gender wanita. Dua buah drama karya Ibsen, iaitu The Lady from the Sea dan When We Dead Awaken serta dua buah drama karya Shaw, iaitu Mrs. Warren’s Profession dan Pygmalion dijadikan bahan kajian.
Description
Keywords
Fragmentation As Gender Trap: A Feminist Reading Of Selected Dramas , By Henrik Ibsen And George Bernard Shaw
Citation