Keperluan Psikososial Mangsa Pemerdagangan Manusia Dari Indonesia: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang, Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-03
Authors
SYAMSUDDIN
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pemerdagangan manusia merupakan satu isu yang sedang mendapat perhatian dunia ketika ini. Lebih daripada 2 juta orang mangsa terbabit dalam aktiviti jenayah pemerdagangan manusia di seluruh dunia. Mangsa berhadapan dengan eksploitasi dan penderaan daripada awal diambil sehingga keluar daripada situasi pemerdagangan. Objektif kajian ini adalah untuk: 1) mengenal pasti faktor-faktor sosioekonomi yang menyebabkan mangsa terjerumus ke dalam aktiviti pemerdagangan manusia; 2) menganalisis perjalanan atau proses yang dialami mangsa pemerdagangan manusia; 3) menganalisis dinamik psikososial mangsa selama mengalami keadaan penderaan; 4) menganalisis keperluan psikososial mangsa pemerdagangan manusia; dan 5) mencadangkan corak intervensi yang bersesuaian untuk membantu mangsa pemerdagangan manusia. Kajian kualitatif ini menfokus kepada kajian kes terhadap sembilan (9) orang informan yang berada di bawah pengawasan Jabatan Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI), Pulau Pinang, Malaysia. Pengumpulan data adalah melalui temu bual mendalam, pemerhatian, sejarah hidup dan kajian dokumen. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor sosioekonomi seperti keadaan kemiskinan dan kurangnya peluang pekerjaan telah menyebabkan wanita terjerat sebagai mangsa pemerdagangan. Faktor pencetus (triggering factor) utama sehingga wanita dan kanak-kanak mudah terdedah dalam pemerdagangan banyak melibatkan masalah kekeluargaan seperti impak perceraian, ketiadaan perhubungan yang baik dalam kekeluargaan, keganasan domestik serta tekanan ekonomi keluarga. Perjalanan atau proses mangsa mula terjerat ke dalam xi pemerdagangan juga dilihat dari tiga aspek utama iaitu cara mangsa diambil, model eksploitasi dan fasa berkaitan dengan cabaran psikososial mangsa. Mangsa telah direkrut melalui pelbagai cara termasuklah secara sukarela, pujuk rayu dan melalui jeratan hutang serta penipuan. Dinamik psikososial yang dialami oleh mangsa pula berupa pelbagai bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan yang memberi impak negatif baik secara sosial mahupun secara psikologikal. Keperluan mangsa meliputi perlindungan dan pemulihan psikososial, pembelaan akan hak-hak mangsa dan proses reintegrasi ke dalam masyarakat. Cadangan program intervensi yang melibatkan program pemulihan dan pencegahan mangsa secara holistik turut dibincangkan secara mendalam.
Description
Keywords
Keperluan Psikososial Mangsa Pemerdagangan Manusia Dari Indonesia , Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang, Malaysia
Citation