Persepsi pengunjung terhadap taman rekreasi dalam bandar : kajian kes Taman KLCC, Kuala Lumpur
Loading...
Date
2001-02
Authors
Abbas, Khalilah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Bandar seringkali dikaitkan sebagai tempat tumpuan segala aktiviti ekonomi.
Persekitaran semulajadi bandar semakin hari semakin terjejas akibat kegiatan
pembangunan. Dalam hal ini kewujudan taman rekreasi di dalam bandar memainkan
peranan yang penting bagi mengawal keseimbangan di antara pembangunan dan
pengekalan terhadap alam sekitar semulajadi. Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara taman, penglibatan dan sokongan padu semua
agensi kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan adalah perlu. Dalam usaha
merealisasikan aspirasi ini, pihak pengurusan KLCC (Holdings) Berhad telah
menyediakan sebuah taman untuk kemudahan rekreasi orang ramai tanpa dikenakan
sebarang bayaran. Taman yang terletak ditengah-tengah pembangunan segitiga Kuala
Lumpur ini bukan sahaja menarik dari segi perlandskapan dan kemudahannya yang
bertaraf antarabangsa, malahan pembinaannya cuba mewujudkan pembangunan yang
mengintegrasikan kemanusiaan dan komersil. Dengan kos pembinaan taman yang
menelan perbelanjaan lebih kurang RM 60 juta dan kos penyelenggaraan taman
sebanyak RM I juta sebulan yang dibiayai oleh 22 pemilik lot - lot perniagaan yang
terdapat di kompleks komersil Suria KLCC, pastinya kewujudan taman ini diharapkan
dapat memenuhi keperluan pengunjung dalam berekreasi dan dapat menyumbang
serta menjadi tarikan kepada aktiviti perniagaan yang terdapat di Suria KLCC. Justeru
itu kajian ini dijalankan bagi melihat persepsi pengunjung terhadap aspek pengurusan
dan penyelenggaraan taman dalam memenuhi keperluan mereka dalam berekreasi
dan sejauhmana taman ini mampu menyumbang kepada aktiviti perniagaan yang
terdapat di Suria KLCC. Dalam usaha ini diharapkan hasil kajian akan dapat
menjelaskan peranan dan sumbangan taman rekreasi yang diintegrasikan dengan
kompleks komersil supaya boleh dijadikan panduan dalam merancang dan mereka
bentuk persekitaran taman rekreasi dan aktiviti komersil pada masa hadapan.
Description
Keywords
Taman rekreasi