Demonstrasi kehadiran protein permukaan sel yang antigenik dan spesifik untuk Shigella spp. dan pembangunan ke arah ujian diagnostik segera bagi penyakit shigelosis

Loading...
Thumbnail Image
Date
2001-01
Authors
Banga Singh, Kirnpal Kaur
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Shigella spesis adalah agen etiologi utama disenteri atau diarea berdarah pada manusia dan telah dikenalpasti sebagai penyebab panting morbiditi dan mortaliti pada kanak-kanak terutamanya di negara yang sedang membangun. Diagnosis awal shigelosis merupakan sasaran utama untuk menghadkan penyakit yang mudah ditularkan. Memandangkan kaedah rutin pengkulturan dan pengenalpastian Shigella spp. daripada tinja adalah sukar dan memerlukan proses ujikaji yang cerewet, memakan masa (3 hingga 5 hari), agak mahal dan mempunyai sensitiviti yang rendah, pembangunan ujian diagnostik segera yang ringkas perlu diwujudkan. Ujian tersebut perlulah sensitif, spesifik, mudah dilakukan, murah dan dapat mengesan kehadiran Shigella spp. terus di dalam spesimen pesakit terutamanya tinja. Sehubungan dengan itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kehadiran protein yang antigenik dan spesifik bagi Shigella spp. untuk digunakan ke arah penghasilan ujian diagnostik segera bagi shigelosis. Dengan menggunakan kaedah elektroforesis gel natrium dodesil sulfatpoliakrilamida (SDS-PAGE) dan imunoasai blot Western, satu protein permukaan yang antigenik dan juga spesifik berberat molekul 35 kDa telah dapat dikenalpasti. Protein tersebut juga didapati hadir pada kesemua Shigella spesis yang dikaji. Protein tersebut adalah spesifik terhadap antibodi kelas lgA tetapi tidak dengan lgM dan lgG serum serta ampaian tinja jangkitan Shigella f/exneri. Ia juga tidak bertindakbalas silang dengan beberapa serum serta ampaian tinja diarea yang diakibatkan oleh jangkitan patogen lain yang lazim dirantau ini atau daripada subjek normal manusia yang diuji. Sehingga kini, masih belum ada laporan berkaitan protein tersebut yang telah dikenalpasti. Protein 35 kDa tersebut telah digunakan untuk membangunkan satu ujian diagnostik segera bagi shigelosis. Ujian titik-EIA telah dibangunkan untuk mengesan kehadiran antibodi kelas lgA terhadap jangkitan Shigella terus di dalam spesimen tinja pesakit dalam masa 3 jam. Berdasarkan keputusan yang diperolehi ujian titik-EIA didapati spesifik bagi Shigella spesis dan tidak bertindakbalas silang dengan tinja diarea jangkitan patogen lain yang diuji. Hasil ujian titik-EIA tersebut adalah positif apabila ditindakbalaskan dengan 3 tinja jangkitan Shigella f/exneri (yang disahkan sebagai kultur positif untuk jangkitan Shigella flexnen) dan hasil negatif diperolehi apabila ditindakbalaskan dengan 129 spesimen tinja diarea yang penyebabnya tidak diketahui (yang disahkan sebagai kultur negatif bagi Shigella spp.).
Description
Keywords
Shigelosis
Citation