Sistem Sokongan Sosial, Faktor Tarikan Dan Faktor Tolakan Dalam Penglibatan Aktiviti Seksual Sejenis Golongan Lesbian Di Malaysia
Loading...
Date
2019-03
Authors
Mohd Juaini, Nurul Jannah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penglibatan wanita dalam aktiviti seksual sejenis merupakan isu yang sering
didebatkan dalam masyarakat pada hari ini kerana ia jelas membatasi norma budaya,
amalan keagamaan dan undang-undang di Malaysia. Justeru itu, objektif kajian ini
adalah mengenal pasti profil golongan lesbian, menganalisis sejauhmana sistem
sokongan sosial mempengaruhi faktor tarikan dan faktor tolakan terhadap kehidupan
golongan lesbian, menganalisis faktor tarikan yang mendorong golongan lesbian
terlibat dengan aktiviti seksual sejenis, menganalisis faktor tolakan yang
menyebabkan golongan lesbian menamatkan aktiviti seksual sejenis dan membentuk
model sistem sokongan sosial, faktor tarikan dan faktor tolakan dalam penglibatan
aktiviti seksual sejenis golongan lesbian di Malaysia. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif dan melalui teknik persampelan bola salji, seramai 12 orang
lesbian telah dicapai dari 10 buah negeri di Malaysia iaitu Johor, Kelantan,
Terengganu, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Kedah, Selangor dan Pahang. Kesemua responden kajian telah ditemu bual
dan hasil kajian dianalisis dengan menggunakan Nvivo for Mac versi 12. Merujuk
hasil kajian, enam jenis sumber sokongan sosial telah dikenalpasti mempunyai
perkaitan dengan penglibatan responden dalam aktiviti seksual sejenis iaitu keluarga,
pasangan lesbian, pasangan heteroseksual, rakan lesbian, rakan heterosekual dan
komuniti lesbian.
Description
Keywords
Faktor Tarikan Dan Faktor Tolakan , Aktiviti Seksual Sejenis