Pengaruh Faktor Dalaman Terhadap Resilien Dengan Fokus Regulasi Sebagai Mediator Dalam Kalangan Remaja Juvana

Loading...
Thumbnail Image
Date
2020-07
Authors
Hafiah Ismail
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Remaja juvana mempunyai peluang yang tinggi untuk membina resilien berdasarkan faktor-faktor pelindung yang terdapat di pusat pemulihan. Kajian resilien yang sedia ada lebih tertumpu kepada faktor pelindung melibatkan aspek luaran individu seperti persekitaran. Namun begitu, terdapat segelintir pengkaji dalam kajian resilien memberikan tumpuan kepada aspek dalaman individu. Terdapat jurang dalam mengkaji variabel-variabel aspek dalaman individu yang mempengaruhi resilien. Oleh itu, kajian menguji pengaruh aspek dalaman iaitu dimensi regulasi emosi (yang diwakili dimensi strategi penilaian semula dan strategi pemendaman perasaan), dimensi kepercayaan metakognitif (yang diwakili dimensi kepercayaan metakognitif positif, kepercayaan metakognitif negatif, kepercayaan metakognitif keyakinan kognitif, kepercayaan keperluan kawalan pemikiran dan kepercayaan metakognitif kesedaran kendiri kognitif),
Description
Keywords
Pengaruh Faktor Dalaman Terhadap Resilien , Fokus Regulasi Sebagai Mediator Dalam Kalangan Remaja Juvana
Citation