Konsep Tauhid Menurut Ismail Raji Al-Faruqi : Analisis Terhadap Isu-Isu Dalam Pluralisme Agama

dc.contributor.authorOSMAN, AHMAD SABRI
dc.date.accessioned2016-05-03T02:50:52Z
dc.date.available2016-05-03T02:50:52Z
dc.date.issued2015-03
dc.description.abstractIsu pluralisme agama telah menjadi salah satu isu besar dalam dunia akidah dan pemikiran Islam hari ini. Beberapa isu tersebut antaranya ialah isu ketentuan kelahiran, terminologi agama, definisi Islam, keselamatan dan kebenaran, Ahli Kitab dan sebagainya. Kajian ini bertujuan menghurai dan menganalisis isu-isu ini berdasarkan pemikiran Ismail Raji al-Faruqi. Hal ini adalah kerana penulis mendapati bahawa isu-isu tersebut telah dibincangkan oleh al-Faruqi dalam beberapa tulisan beliau khususnya dalam buku Islam and Other Faiths, al-Tawhid, The Cultural Atlas of Islam dan lain-lain. Antara konsep yang mempunyai kaitan dengan pluralisme agama yang dibincangkan oleh al-Faruqi ialah din al-fitrah, Abrahamic faiths, meta-religion, konsep kenabian dan konsep ummah. Kajian ini menggunapakai metodologi pengumpulan data kepustakaan yang sebahagiannya bergantung kepada sumber primer dan sebahagiannya lagi sumber sekunder. Ia juga menggunapakai kaedah lapangan iaitu metode temu bual bagi mengukuhkan dapatan kajian. Dalam metodologi penganalisisan data, kajian ini menggunakan kaedah deduktif, induktif dan komparatif. Penemuan dapatan kajian ini menyimpulkan bahawa konsep tauhid al-Faruqi yang berasaskan kalimah La Ilaha illa Allah (Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah) itu merupakan suatu konsep yang amat luas dan merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah isu-isu yang menjadi perbahasan dalam pluralisme agama. Kajian ini juga mendapati bahawa isu-isu tersebut telah dijawab oleh al-Faruqi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sehubungan dengan itu, kajian ini merumuskan bahawa pemikiran al-Faruqi adalah selari dengan pandangan jumhur ulama dan menolak pemikiran tokoh-tokoh pluralisme agama yang menyamaratakan kebenaran semua agama.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1964
dc.subjectKonsep Tauhid Menurut Ismail Raji Al-Faruqien_US
dc.subjectAnalisis Terhadap Isu-Isu Dalam Pluralisme Agamaen_US
dc.titleKonsep Tauhid Menurut Ismail Raji Al-Faruqi : Analisis Terhadap Isu-Isu Dalam Pluralisme Agamaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: