Inkontinens urin: satu kajian tingkahlaku dalam kalangan wanita hamil

dc.contributor.authorArifin, Siti Roshaidai Mohd
dc.date.accessioned2020-11-08T04:04:58Z
dc.date.available2020-11-08T04:04:58Z
dc.date.issued2006
dc.description.abstractPengenalan: IU merupakan keadaan yang lazimnya dialami oleh wanita yang mana dianggarkan 25-40% daripada wanita menghadapi masalah ini. Proses kehamilan dikatakan sangat berkait rapat dengan prevalens IU. Namun, kajian terdahulu telah membuktikan bahawa IU bukan sahaja boleh berlaku semasa hamil malah boleh berterusan selepas kelahiran. Walaupun begitu, kebanyakan wanita yang mengalami IU menganggap ia sebagai suatu kejadian yang normal dalam kehidupan. Hanya segelintir daripada wanita yang mengalami IU mengadu masalah mereka kepada doktor. Objektif: Mengkaji perkaitan antara keterukan IU dengan tingkahlaku wanita hamil terhadap rawatan IU dan mengkaji perkaitan antara sikap wanita hamil dengan tingkahlaku terhadap rawatan IU serta mengetahui faktor- faktor lain yang mempengaruhi tingkahlaku mendapatkan rawatan. Metodologl: Kajian ini telah dilakukan terhadap 63 orang wanita hamil yang datang membuat pemeriksaan susulan di Klinik Antenatal HUSM. Pengambilan responden adalah secara persampelan tidak kebarangkalian berasaskan kesenangan iaitu mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang berada di Klinik Antenatal berdasarkan kepada populasi yang ada pada masa kajian di jalankan. Setiap responden diberikan masa selama 15-20 minit untuk menjawab soalan dan borang dikutip secara manual pada masa yang sama. Data-data telah dikumpul dan ditransformasi menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0. Keputusan: Hasil kajian ini menunjukkan daripada 63 orang responden, 43 orang responden mengalami IU dan hanya 9 orang (20.9%) daripada responden telah mendapatkan rawatan. Didapati faktor yang mempengaruhi tingkahlaku mendapatkan rawatan adalah keterukan IU (p = 0.014) dan keinginan mendapatkan rawatan (p = 0.022). Didapati juga sikap pemberi jagaan kesihatan (p = 0.000) dan sokongan ahli keluarga (p = 0.010) mempunyai perkaitan dengan keinginan mendapatkan rawatan. Rumusan: Lebih separuh daripada wanita hamil mengalami IU dan mengatakan mereka mahu mendapatkan rawatan. Malangnya, hanya segelintir pesakit sahaja yang datang mendapatkan rawatan. Oleh itu, peranan pemberi jagaan kesihatan perlu ditingkatkan dan penglibatan ahli keluarga adalah perlu dalam promosi kesihatan IU ini. Dengan usaha ini, diharapkan lebih ramai wanita yang menghadapi IU akan tampil mendapatkan rawatan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/10680
dc.language.isoenen_US
dc.publisherPusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectkehamilanen_US
dc.titleInkontinens urin: satu kajian tingkahlaku dalam kalangan wanita hamilen_US
dc.typeOtheren_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: