Keselesaan dan keselamatan klinikal dalam rekabentuk hospital

Loading...
Thumbnail Image
Date
1990
Authors
Low, Eng Hooi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kebanyakan rekabentuk bentuk hospital telah dibuat untuk menampung kehendak asas penghunian para pesakit, kakitangan perubatan dan teknologi perubatan yang begitu maju. Penekanan adalah terhadap kecekapan dan keberkesanan rawatan perubatan berdasarkan alatan-alatan teknologi tinggi yang 'impersonal' dan ubatan-ubatan. Biasanya, keselesaan dan kebahagiaan mental para pesakit (khasnya), para pelawat dan para kakitangan adalah diabaikan, lantaran menyebabkan kegelisahan dan tekanan yang boleh dielakkan. Keselesaan dan kebahagiaan mental boleh 'diukur' melalui reaksi pancaindera manusia. Pendekatan ini boleh dikatakan suatu pendekatan yang unik terhadap keselesaan di mana keselesaan bukan sahaja dipertimbangkan melalui reaksi termal (thermal responses), keselesaan penglihatan dan konsep ruang tetapi juga melalui kualiti-kualiti yang halus keselesaan seperti penghargaan (appreciation) terhadap estetik dan kesan-kesan terapeutiknya terhadap manusia. Untuk mengekalkan keselesaan ini, seseorang haruslah juga memahami aspek yang asas dan teknikal dalam keselamatan klinikal di sesebuah hospital. Asas-asas ventilasi, keselamatan radiasi, pembuangan sampah hospital dan lain-lain lagi merupakan kepentingan yang dasar dalam fungsi harlan sesebuah hospital di mana tanpanya keselesaan yang asas tidak mungkin wujud.
Description
Keywords
Rawatan perubatan
Citation