Pelaksanaan Program Transisi Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Di Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Di Pulau Pinang

dc.contributor.authorRamasamy, Rajesvari
dc.date.accessioned2018-01-24T07:57:31Z
dc.date.available2018-01-24T07:57:31Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractPermasalahan kajian ini adalah berkenaan dengan pelaksanaan program transisi serta ketiadaan satu garis panduan yang standard dijadikan panduan pelaksanaan program transisi di sekolah menengah integrasi pendidikan khas. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untukmengkaji pelaksanaan program transisi dengan kemahiran-kemahiran transisi yang dikuasai oleh murid-murid program pendidikan khas integrasi (PPKI) di sekolah menengah integrasi pendidikan khas serta mencadangkan satu garis panduan yang boleh dijadikan rujukan dalam pelaksanaan program transisi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pelaksanaan program transisi di sekolah menengah integrasi pendidikan khas dan menilai kemahiran-kemahiran yang dikuasai oleh murid-murid PPKI daripada persepsi guru-guru, ibu bapa serta majikan yang sedang menggaji bekas murid pendidikan khas serta memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan ataupun kemerosotan program transisi di dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajarandan akhir sekali mengenal pasti perhubungan di antara program transisi dengan penguasaan kemahiran transisi murid-murid PPKI. Sebanyak empat persoalan kajian disiasat dalam kajian ini. Reka bentuk kajian tinjauan bersifat kuantitatif dan kualitatif telah digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 154 orang murid PPKI yang terlibat dengan program transisi dijadikan sampel untuk kajian kuantitatif manakala seramai lima orang PKPK, dua puluh orang ibu bapa serta sepuluh orang majikan dijadikan responden bagi kajian kualitatif. Lima set soal selidik dibentuk bagi menilai kemahiran transisi murid-murid PPKI. Model KIPP digunakan untuk menilai pelaksanaan program transisi. Hasil kajian menunjukkan bahawa keperluan pelaksanaan program transisi berada pada tahap yang tinggi. Manakala secara keseluruhannya kemahiran-kemahiran transisi yang dikuasai oleh murid-murid PPKI berada pada tahap sederhana dan rendah. Implikasi utama kajian ini adalah penghasilan garis panduan transisi yang berunsurkan psikologi positif yang dapat dijadikan sebagai rujukan untuk pelaksanaan program transisi dalam program pendidikan khas integrasi sekolah menengah.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5459
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKetiadaan satu garis panduan yang standarden_US
dc.subjectprogram transisi di sekolah menengah integrasi pendidikan khas.en_US
dc.titlePelaksanaan Program Transisi Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Di Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Di Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
RAJESVARI RAMASAMY.pdf
Size:
7.87 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: