Kajian Terhadap Stail 'Dalam Sajak-Sajak Latiff Mohidin

Loading...
Thumbnail Image
Date
2000-10
Authors
Othman, Abu Bakar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tesis ini merupakan kajian tentang stail terhadap sajak-sajak Latiff Mohidin. Kajian ini melibatkan penelitian tentang penggunaan pelbagai unsur gaya bahasa dan bentuk sajak. Untuk tujuan ini, penelitian serta penilaian utama tesis secara keseluruhannya ialah kepentingan pelbagai unsur stail di dalam sajak. Seterusnya meneliti stail di dalam sajak-sajak terpilih LatiffMohidin. Penyelidikan ini melihat bahawa Latiff Mohidin telah mengemukakan sajak-sajaknya dalam stail yang tersendiri berbeza dengan penulis-penulis Melayu yang lain. Kecenderungan dalam gayanya yang tersendiri itu adalah merupakan salah satu factor beliau beIjaya menarik minat sejumlah besar pembaca. Sajaksajaknya penuh dengan kiasan perbandingan yang menarik seperti simile, metafora, hiperbola dan personifikasi. Tambahan pula, penerapan imej-imej alam yang bersesuaian dan serasi dengan penyajak, memantapkan lagi sajak-sajaknya. Beliau juga menggunakan gaya retorik untuk membina atau memberi makna baru kepada peribahasa Melayu lama. Kebanyakan gaya bahasa ini dilukis daripada imej alam yang menjadi kebiasaan kepada kehidupan orang Melayu. Unsur-unsur yang dijelaskan di atas menyumbang kepada kekuatan dalaman sajak-sajaknya dan seterusnya menggambarkan jati diri penyair. Sehubungan dengan itu, sajak-sajak Latiff Mohidin mendapat penghargaan di kalangan pelbagai golongan pembaca Melayu.
Description
Keywords
Stail terhadap sajak-sajak , Latiff Mohidin
Citation