Factors affecting the use of information and communication technology (ICT) in Jordanian rural secondary schools

Loading...
Thumbnail Image
Date
2010-02
Authors
Ali Alzaidiyeen, Naser Jamil
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Secara amnya kajian ini bertujuan untuk: mengenal pasti tahap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran oleh guru-guru sekolah menengah luar bandar di Jordan. Selain itu kajian ini juga turut mengkaji kesan faktor berikut terhadap tahap penggunaan ICT: kompetensi ICT guru, sikap guru terhadap ICT, efikasi kendiri ICT ·guru, kebimbangan guru ICT, sokongan terhadap guru dalam penggunaan ICT, gender guru, umur guru, pengalaman mengajar guru, dan tahap pendidikan guru. Kajian ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk: memperoleh data daripada 465 orang guru dari sekolah menengah awam di wilayah Al-Karak. Data kajian dianalisis dengan menggunakan teknik statistik deskriptif (peratusan, min dan sisihan piawai), korelasi dan regresi berganda Manakala data kualitatif pula diperoleh melalui temu bual dengan guru-guru daripada Iapan buah sekolah menengah luar bandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden kajian mempunyai tahap pengetahuan ICT yang sederhana. Hasil daripada data penyelidikan juga turut nienunjukkan bahawa majoriti guru mempunyai tahap kemahiran ICT yang sederhana. Kebanyakan guru mempunyai sikap yang positifterhadap penggunaan ICT dalam pendidikan. Mereka juga mempunyai tahap kompetensi yang sederhana dalam mengendalikan aplikasi ICT. Selanjutnya, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa majoriti daripada responden mempunyai tahap kesedaran yang tinggi semasa menggunakan peralatan ICT dalam pengajaran. Dapatan juga menunjukkan bahawa kebanyakan responden kurang mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada pengetua sekolah, rakan sekerja, dan juruteknik ICT di sekolah. Terdapat korelasi negatif di antara tahap penggunaan ICT dan kesedaran terhadap ICT. Di samping itu, terdapat korelasi positif di antara faktor yang dikaji (kompetensi ICT guru, sikap guru, efikasi kendiri guru, dan sokongan yang diterima) dengan tahap penggunaan ICT dalam kalangan guru sekolah menengah. luar bandar. Walau xii bagaimanapun, dapatan analisis regresi linear berganda pula menunjukkan bahawa variabel bebas yang menjelaskan jumlah variasi terbesar dalam tahap penggunaan ICT ialah kompetensi ICT .guru, diikuti dengan sikap guru terhadap ICT, dan sokongan yang diterima. Berdasarkan kepada dapatan kajian, adalah dicadangkan bagi usaha meningkatkan penggunaan ICT, guru sekolah menengah di luar bandar perlu diberi banyak pendedahan melalui bengkel dan latihan. Latihan dalan perkhidmatan dan praperkhidmatan perlu diberi keutamaan. Di samping itu, bagi membolehkan para guru menggunakan ICT secara efektif dalam pengajaran, mereka sepatutnya perlu mempunyai sikap positif serta terlebih dahulu suka kepada ICT. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan juga seharusnya berusaha meningkatkan jumlah komputer yang disediakan kepada guru, capaian internet di sekolah, perisian pendidikan serta meningkatkan kompetensi ICT guru. Memandangkan kebaikan penggunaan ICT dalam pengajaran, maka kajian lanjutan harus ditumpukan terhadap impak penggunaan ICT dalam pengajaran dalam usaha meningkatkan pencapaian murid.
Description
Keywords
Communication technology (ICT) , Jordanian rural secondary schools
Citation