Ibu Tunggal Iviela Yu 01 Negeri Pulau Pinang: Satu Kajian Status S0510• Ekonomi Dan Sokongan Sosial
Loading...
Date
2006-04
Authors
ATANG, COLONIUS
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Banyak kajian di luar negara merumuskan bahawa majoriti ibu tunggal adalah
ketua keJuarga miskin. Kemiskinan mereka dipengaruhi oIeh keadaan sosioekonomi
yang rendah akibat rendahnya taraf pendidikan, pekerjaan dan
pendapatan. Akibatnya mereka terperangkap dalam lingkaran ganas
kemiskinan dan perlu dibantu oJeh sokongan sosial yang berkesan bagi
mengeJuarkan mereka dari Iingkaran kemiskinan ini. Senario ibu tunggaJ di luar
negara ini menimbulkan minat penulis llntuk meneroka keadaan sosio-ekonomi
ibu tunggal Me/ayu di negeri Pulau Pinang bagi melihat aspek-aspek
pendidikan, pekerjaan, pendapatan. jenis dan status rumah kediaman serta
sokongan sosial yang mereka terima untuk meletakkan 'status' mereka dalam
generalisasi umum tentang kedudukan sosio-ekonomi ibu tunggal. Seterusnya
gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk pengumpulan data,
di mana soal selidik telah dijalankan ke atas 205 orang responden, di samping
temubual mendalam ke atas 30 orang informan dan pemerhatian ikut serta
.dalam kursus-kursus dan bengkel-bengkel yang melibatkan ibu tunggal. Hasil
kajian ini merumuskan kebanyakan ibu tunggal Melayu di negeri Pulau Pinang
adalah juga tergolong sebagai ibu tunggal miskin dengan ciri-ciri yang lebih
kurang sarna dengan penemuan tentang ibu tunggal di luar negara. Walaupun
begitu, ibu tunggal Melayu di negeri Pulau Pinang lebih bernasib baik kerana
sokongan sosial dalam bentuk material dan bukan material diterima daripada
pelbagai badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO). Namun, kadar bantuan
kewangan yang kecil, di samping aksesibiliti yang agak sukar untuk ke pusat
.Iatihan kemahiran telah menyebabkan bantuan yang disediakan bagi
meningkatkan tarat sosio-ekonomi ibu tunggal ini menjadi kurang berkesan.
Oleh itu penulis mencadangkan penambahar. amaun bantuan kewangan. di
samping penubuhan pusat latihan kemahiran sedekat mungkin dengan rumah
ibu tunggal. adalah perlu bagi meningkatkan lagi keberkesanan sokongan
sosial kepada ibu tunggaJ.
Description
Keywords
Ibu Tunggal Iviela Yu 01 Negeri Pulau Pinang , Satu Kajian Status S0510• Ekonomi Dan Sokongan Sosial